Langgan

EMMY Awards 2024 : Selebriti Lelaki Ambil Risiko Di Atas Red Carpet

Mereka ambil risiko, menyingkir gaya-gaya klasik memakai sut atau tuksedo di atas permaidani merah EMMY Awards ke-76 semalam. Terjelma kematangan imej formal baharu untuk lelaki-lelaki!
2 minit untuk membaca
Published: September 17, 2024

Bagaimana agaknya reaksi pendukung-pendukung politik konservatif saat melihat gaya selebriti-selebriti lelaki ini di atas permaidani merah Emmy Awards ke-76? Mungkin akan dibahas, bangkit rasa rengsa yang meranum dalam jiwa mereka. Lol! Sebaliknya, orang yang celik fesyen pasti menghargai usaha selebriti-selebriti lelaki ini – yang bukan bertujuan untuk menguji kelelakian, namun untuk merevolusikan fesyen lelaki. Agar merenda keberanian dan tidaklah mempersembahkan sesuatu yang sudah jemu mata kita pandang. Kata orang, at least add some flavours.

Kudos untuk selebriti-selebriti lelaki ini yang melucutkan bayangan “lelaki mesti memakai sut atau tuksedo” klasik di acara formal! Permaidani merah acara berprestij seperti Anugerah Emmy ke-76 telah dijadikan ujana yang bukan sahaja menumbuh seri fesyen, malah membuka hati kita untuk menerima perubahan dalam gaya lelaki. Contohnya, penata gaya Ilaria Urbinati memilih kemeja tuksedo Martini-fit tanpa lengan untuk pelakon Tyler James Williams, yang tercalon dalam ‘Best Supporting Actor in a Comedy Series’ untuk siri “Abbott Elementary’. Menambah keunikan pada kemeja tuksedo tersebut adalah tali pinggang yang menyerupai kendit, yang menyuntik aksentuasi siluet Tyler. 

Pengacara bersekutu Anugerah Emmy malam itu yakni Dan Levy juga mengambil risiko. Dan menyarung sut rekaan Loewe untuk acara permaidani merah, namun dia menyingkir idea memadankan ia bersama kemeja biasa. Dia menukar penggayaannya dengan pakaian dalam yang terlihat structured dan memiliki kolar keras, seakan-akan menutup penuh lehernya. 

Tidak lupa juga bintang gandingan Tyler dalam siri ‘Abbott Elementary’, yakni Chris Perfetti yang langsung tidak memakai apa-apa elemen klasik pakaian formal lelaki. Sebaliknya, dia memilih kemeja dramatik yang penuh ropol-ropol dan dipadankan bersama seluar berkaki besar labuh, hasil rekaan Christian Siriano untuk pentas musim bunga / panas 2025. 

Sejujurnya, ini yang kita mahu lihat. Gerombolan selebriti lelaki membangunkan perubahan dan membasuh sejarah fesyen. Merakamkan kelainan, sebagai rujukan fesyen baharu lelaki-lelaki generasi akan datang. 

Antara gaya unik selebriti lelaki di Emmy Awards ke-76 yang menjadi pilihan ELLE :

Emmy awards 2024
Tyler James Williams menggayakan Dolce & Gabbana
Emmy awards 2024
Dan Levy menggayakan Loewe (sumber gambar daripada X)
Emmy awards 2024
Alan Cumming menggayakan Teddy Vonranson (somber gambar daripada Instagram Teddy Vonranson)
Chris Perfetti menggayakan Christian Siriano (sumber gambar daripada X)
Aaron Moten menggayakan Kenzo (sumber gambar daripada Instagram Andrea Pezzillo)
Andrew Scott
Bowen Yang menggayakan Bode (daripada Instagram Bowen Yang)
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down