Langgan

Butik Levi’s Baharu Di Suria KLCC, Bigger, Better And Bolder!

Levi’s membuka butik baharu di Suria KLCC dan ia adalah yang terbesar di Asia Tenggara, berkeluasan lebih 4,000 meter persegi, dengan mempertingkatkan sekali pengalaman beli-belah menakjubkan.
2 minit untuk membaca
Published: September 13, 2024
levi's
Bahagian luar pintu masuk yang dilengkapi skrin LED dengan visual digital menarik

Luas dan terasa puas. Pengalaman kunjungan ke butik baharu Levi’s yang terletak di Suria KLCC umpama mencelangkan mata. Berbeza dengan butiknya yang lama, kerana kali ini ia lebih besar dan terbit pengalaman yang seakan-akan mengangkut kita ke alam peralihan Levi’s. Ia memperelokkan rupa dengan binaan hiasan skrin LED gergasi pada bahagian pintu masuknya. Visual yang ditampilkan menggodai mata, memaparkan kandungan digital multimedia bertenaga dan pasti tidak mendinginkan pandangan saat menjangkah masuk. 

Cahaya bahagian dalaman butiknya juga terang. Dilengkapi hiasan – seperti binaan dalaman yang kontemporari, dengan susunan kayu-kayuan serta lampu terang ‘The Levi’s Tailor Shop’ – yang benar-benar menimbulkan reaksi. Menyempurnakan lagi pencahayaan nyata ini adalah susunan pakaian-pakaian serta kaunter perkhidmatan yang terbentang di hadapan, menguatkan dorongan kita untuk datang berkunjung.  

Levi's
Bahagian ruang tengah atau ruang pameran, tersedia perkhidmatan untuk pengunjung

Apa yang menariknya fasal butik baharu ini adalah, ia memposisikan kedudukannya sebagai butik Levi’s terbesar di Asia Tenggara. Yakni berkeluasan 4,239 kaki persegi! Di samping itu, butik ini malah menempatkan beberapa kolaborasi istimewa dan memberi akses kepada pelanggan-pelanggan untuk ‘menikmati’ koleksi premium tersebut. Contohnya, Vintage Clothing, Made In Japan, WellThread® dan Selvedge. Seperti mematerikan janji yang terbaik bagi memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan, Levi’s bersungguh-sungguh dalam mempertingkatkan pengalaman. Lantas, mengeratkan hubungan dengan pelanggan-pelanggan. 

Menyambung bicara tentang ‘The Levi’s Tailor Shop’, ia terletak di ruang yang tersedia di bahagian tengah butik atau dipanggil ruang pameran butik. Bermatlamat untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan yang mahu personalize produk-produk Levi’s mereka agar ada nilai distingtif atau identiti tersendiri. Usaha untuk mencipta keunikan itu tidak tergencat di situ sahaja. ‘The Levi’s Tailor Shop’ ini malah menampilkan customization atau personalization yang menggunakan corak Peranakan, sebagai tanda penghormatan buat warisan serta budaya Malaysia. Corak Peranakan tersebut ditambah lagi rona biru indigo bagi mencerminkan asosiasi identiti atau DNA jenama Levi’s. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down