Langgan
ELLE x 

Pasangan Terbaik Tahun ini: Olivia Rodrigo dan Louis Partridge

Keserasian pasangan ini jelas terpancar, melengkapi antara satu sama lain.
2 minit untuk membaca
Published: September 4, 2024
Guts World Tour
Foto: Olivia Rodrigo

Penyanyi dan penulis lagu, Olivia Rodrigo, mengambil peluang untuk menghadiri Venice Film Festival sebelum meneruskan kembali Guts Wold Tour di Asia dan Australia. Kehadirannya di majlis anugerah berprestij ini adalah untuk menyokong teman lelakinya, pelakon Louis Partridge. Kemunculan istimewa pasangan ini menandakan penampilan rasmi pertama mereka di karpet merah, sekaligus memukau peminat dan media dengan aura keserasian yang terserlah.

Hubungan romantis antara Olivia dan Louis bermula pada Oktober 2023, mereka mencetuskan spekulasi hangat setelah mereka dilihat bersama di London. Sejak itu, Louis kerap tampil memberikan sokongan kepada Olivia ketika membuat persembahan. Dan kali ini, giliran Olivia pula, kehadirannya di majlis tersebut menjadi tanda sokongan terhadap Louis bagi tayangan perdana siri Disclaimer yang bakal disiarkan di Apple TV+ pada 11 Oktober 2024.

Penyanyi lagu 'Vampire' itu menampilkan gaya klasik 90-an, mengenakan gaun potongan lurus yang labuh dan dihiasi dengan corak bunga baldu hitam. Olivia melengkapkan penampilannya dengan cermin mata hitam dari Lowercase NYC, tumit tinggi hitam bertali dan gincu merah yang mencuri perhatian. Sementara itu, pasangannya Louis memilih untuk memakai sut hitam klasik yang dipadankan dengan kemeja putih dan cermin mata hitam.

Olivia dilihat merakam video teman lelakinya itu menggunakan telefon bimbit ketika siri Disclaimer menerima tepukan gemuruh di panggung Sala Grande, Venice. Ketika Louis mengambil tempat duduk di antara barisan pelakon siri tersebut, dia menoleh ke arah Olivia dengan senyuman manis. Olivia turut berkongsi momen istimewa ini dengan memuat naik video tersebut di Instagram Story miliknya, sebagai tanda sokongan dan mempromosikan siri Disclaimer.

Louis turut memuat naik gambar monokrom candid pertama bersama Olivia pada 1 September

Selepas hampir setahun bersama, pasangan ini akhirnya mencetuskan kegembiraan dalam kalangan peminat dengan gambar serta video yang di muat naik ke Instagram Story masing-masing. Jelas, mereka mempamerkan kemesraan yang tidak dapat disangkal. Detik-detik romantis ini bukan sahaja mengesahkan hubungan mereka, tetapi juga menambah kehangatan di platform media sosial dengan gelombang sokongan dan kasih sayang dari para peminat mereka.

Adakah anda turut terpesona dengan pasangan yang begitu serasi ini?

This post is brought to you by 
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down