Langgan

Kenali Meovv: Kumpulan Pertama The Black Label

Adakah anda bersedia untuk menyaksikan kemunculan Meovv?
2 minit untuk membaca
Published: September 1, 2024
Meovv The Black Label
Meovv: kumpulan pertama The Black Label

Meovv: adalah kumpulan K-pop baru dengan 5 ahli di bawah naungan The Black Label, yang terdiri daripada Ella, Gawon, Sooin, Anna, dan Narin. Mereka dijadualkan untuk debut pada 6 September 2024 dan dijangka akan mencuri perhatian peminat dari seluruh dunia. Pada 28 Ogos 2024, mereka telah menandatangani kontrak dengan Capitol Records.

The Black Label merupakan anak syarikat YG Entertainment yang diketuai oleh komposer terkenal Teddy dan Kush. Sejak penubuhan, label ini telah menandatangani dengan pelbagai artis termasuk Zion.T, Jeon Somi, Taeyang dari Big Bang dan Park Bo-Gum. Selain itu, mereka turut mengumumkan kerjasama dengan Rosé untuk projek solo ahli Blackpink tersebut . Pada Ogos 2024, mereka akhirnya melancarkan kumpulan gadis pertama mereka, Meovv (disebut seperti kucing mengiau). Berikut merupakan ahli kumpulan Meovv:

Ella Gross

Ella, yang terkenal kerana mirip dengan wajah Jennie dari Blackpink, merupakan Korea-Amerika dari California. Dilahirkan pada 1 Disember 2008, Ella telah menjalani latihan selama 10 tahun sebelum debut. Semasa uji bakat, Ella mempersembahkan lagu “Creep” oleh Radiohead. Ella yang selalunya terlihat bersama dengan ahli Blackpink menjadikannya sebagai ahli yang sangat dinantikan, dengan kehadiran bakatnya melengkapkan keseluruhan kumpulan.

Gawon

Lee Gawon, lahir pada 27 April 2005, merupakan bekas model yang terkenal dengan gaya yang menonjol. Gawon dikatakan berkawan dengan Julie dari KISS OF LIFE. Lagu “Teenage Fantasy” oleh Jorja Smith dinyanyikan semasa uji bakat. Keunikan dan pengalaman modelnya dijangka memberikan sentuhan istimewa kepada Meovv.

Sooin

Dilahirkan pada 12 April 2005, Sooin merupakan pelajar SOPA (Sekolah Seni Persembahan Seoul) dan dianggap sebagai wajah baru mirip Bae Suzy. Sooin mempamerkan kemahiran dalam tarian dan mempunyai personaliti yang bertenaga. Sooin juga gemar membuat vlog, membakar kek, dan aktif dalam pelbagai aktiviti. Lagu uji bakatnya merupakan “Oops” oleh Little Mix. Tenaga dan minatnya dalam seni persembahan menjadikannya anggota yang dinamik dalam Meovv.

Anna

Tanaka Anna berasal dari Jepun dan memulakan kerjayanya sebagai model pada tahun 2014. Anna mempunyai pengalaman berlakon dan pernah menjadi ahli pasukan sorak. Dilahirkan pada 17 November 2005, Anna menganggap dirinya sebagai seorang yang pendiam. Lagu uji bakatnya ialah “Lovesick Girls” oleh BLACKPINK. Kepelbagaian pengalaman dan kemahirannya akan menyumbang kepada kekuatan Meovv.

Narin

Narin, lahir pada 15 Ogos 2007, dipercayai berasal dari keluarga yang senang dan merupakan peminat setia Blackpink. Narin mempersembahkan lagu “I Don’t Wanna Be You Anymore” oleh Billie Eilish semasa uji bakat dan mempunyai minat dalam berlakon. Kehadiran Narin dalam kumpulan menjanjikan daya tarik dan kemahiran persembahan yang hebat.  

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down