Langgan

Pilihan 'Best Dressed' di Festival Filem Venice 2024

Bintang-bintang filem dan fesyen bersinar.
1 minit untuk membaca
Published: September 1, 2024
Festival Filem Venice 2024
Foto: Taylor Russel/Chanel

Kemasukan bulan September menandakan tumpuan sepenuhnya kepada gaun-gaun menakjubkan di Festival Filem Venice 2024 (VFF)—acara paling glamor tahun ini.

Sebagai salah satu festival filem tertua di dunia sejak 1932, VFF menjadi pentas bagi pelakon, pengarah, pembuat filem, supermodel, dan ikon gaya terkemuka dunia untuk menghiasi permaidani merah ikonik, menghadiri tayangan perdana yang dinanti-nantikan, dan mempamerkan evening gown yang memukau di hadapan kamera.

Antara penampilan ikonik sepanjang sejarah acara ini termasuk gaun taffeta Sophia Loren dari era 50-an, gaun lilac Atelier Versace Amal Clooney pada 2017, dan backless ensemble merah Timothée Chalamet pada 2022—semuanya dihiasi dengan permata mewah yang memancarkan glamor sejati.

Untuk edisi 2024, keseronokan sudahpun bermula dan akan berlangsung sehingga 7 September, lengkap dengan jadual tayangan, pesta, dan gala yang penuh gemerlapan, serta kehadiran selebriti A-list. Nama-nama seperti Angelina Jolie, Jenna Ortega, Lady Gaga, Monica Bellucci, dan Cate Blanchett dikhabarkan bakal hadir, dan pasti akan memukau dengan gaya yang luar biasa. Adakah Festival Filem Antarabangsa Venice ke-81 akan menjadi yang paling glamor? Masa akan menentukannya...

Tanpa melengahkan masa lgi, berikut adalah momen fesyen terbaik dari Festival Filem Venice 2024 setakat ini:

Jenna Ortega dalam persalinan Dior.

Taylor Russel dalam persalinan Chanel.

Hoyeon memakai Louis Vuitton.

Cate Blanchett dalam persalinan Armani.

Isabella Hupert memakai Balenciaga.

Wynona Ryder memakai Chanel.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down