Langgan

5 Produk Kecantikan Lokal Terbaik Tahun 2024

Pengarah Kecantikan Bersekutu ELLE sudah mencuba dan yakin dengan hasilnya. Cari tahu 5 produk kecantikan lokal terbaik pilihan kami!
2 minit untuk membaca
Published: August 30, 2024

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67, kami di meja cantik ELLE ingin berkongsikan antara produk kecantikan lokal terbaik yang pernah kami cuba pada tahun ini. Sesungguhnya di era serba moden hari ini, boleh kami katakan bahawa jenama lokal di Malaysia semakin hari semakin menempa nama.

Berbicara pula tentang kualiti, kami boleh katakan formulasi yang digunakan hari ini lebih cemerlang dan membangun berbanding belasan tahun yang lalu. Jika kami bertanyakan generasi muda hari ini, rata-rata mereka pasti punya jenama kegemaran lokal tertentu dan memilih untuk menjadikan ia sebagai produk kecantikan harian dan mesti miliki mereka. We are so proud!

Jadi, sudah tentu kami juga ingin berkongsikan produk lokal terbaik yang boleh anda cuba (inilah masanya untuk anda kenali jenama kecantikan lokal yang mungkin belum pernah anda dengarinya). Ayuh lihat 5 produk tempatan pilihan ELLE, dan kami yakin akan kualitinya!

Mesti Cuba, Ini Produk Kecantikan Lokal Pilihan ELLE!

#1 ALIS by SO.LEK

Gambar: @so.lek

Antara produk kening yang terbaik dengan bentuk mata pensil segi tiga pernah kami cuba. Memudahkan lagi buat peminat kecantikan yang baru hendak berjinak dalam melukis kening melakar dengan mudah namun hasil solekan kekal tampak berdefinisi.

#2 Syed Faizal Beauty Bibir The Nude Series

Gambar: @syedfaizalbeauty

Buat anda yang mencari rangkaian gincu bibir rona nude, selamat dan tidak keterlaluan, Bibir The Nude Series adalah koleksi gincu bibir paling tepat buat anda. Sesuai buat semua tona kulit! Walaupun ia berkemasan matte, anda tidak perlu risau kerana ia langsung tidak mengeringkan bibir sekalipun anda menyarung gincu bibir ini sepanjang hari.

#3 CUURA Glow Defense

Krim pelindung sinar amat penting dalam rutin penjagaan wajah setiap daripada kita. Langsung tidak meninggalkan kesan putih bercapuk pada wajah, namun ia memberikan hasil kemasan yang berseri dan bersinar seperti kulit sihat. Dengan kadar SPF50+ PA ++++, tidak perlu risau, krim pelindung sinar ini juga berfungsi dalam memberi hidrasi optima buat kulit wajah! We need this!

#4 ULU SOLEIL Shea Butter & HA + Vit E Balm

Gambar: @ulu.soleil

Pempengaruh Digital juga Usahawan muda, Tyra Kamaruzzaman, juga mengakuinya, apatah lagi kami di ELLE. Pertama kali mencuba balm ini, kami serta-merta jatuh cinta! Membekalkan hidrasi optima dengan intipati hebat seperti mentega shea asli sebanyak 90 peratus dan diperkayakan lagi dengan Vitamin E bersama asid hialuronik. Produk ini bukan sahaja sesuai digunakan pada tubuh badan malah pada wajah. Ia mampu membuatkan solekan anda tampil glowing. Jangan risau, ia juga sesuai buat ibu mengandung, ibu menyusu serta mereka yang memiliki masalah kulit ekzema.

#5 LUMI Beauty Vitamin Glow Super Serum

Gambar: @mylumibeauty

Produk bestseller dan akan sentiasa menjadi kegemaran semua peminat kecantikan lokal! Diformulasikan dengan intipati semula jadi yang cukup efektif dan mesra kulit. Serum yang menawarkan hidrasi dan kecerahan kulit sambil memberikan hasil haruman sitrusi dan menenangkan pada kulit wajah. Ramai juga yang berkongsi reviu kulit wajah semakin bersinar dan sihat selepas menggunakannya!

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down