
Berpegang pada mantra “If your dreams don’t scare you, they aren’t big enough.” Lira Jamaluddin mencabar dirinya melakukan sesuatu yang berbeza. ‘KL International Beauty Week’ menjadi visi dan fokusnya.
ADAKAH APA YANG ANDA LAKUKAN HARI INI SEBAHAGIAN DARIPADA IMPIAN MASA KECIL?
Not in the way I imagined. Ketika membesar saya mahu menjadi doktor kerana ada satu kecenderungan untuk melakukan sesuatu kepada mangsa kemalangan setiap kali menonton siaran berita. Namun seiring waktu membesar ia berubah ketika saya menuntut pelajaran dalam bidang Undang-Undang & Jenayah sebelum membawa saya ke dunia kewartawanan. Namun kehidupan membawa saya pada satu jalan berbeza hari ini untuk melibatkan diri dalam bisnes kecantikan.
HAL TERBAIK TENTANG KERJAYA ANDA?
Membangunkan ‘KL International Beauty Week’ (KLIBW) membawa saya melihat bagaimana komuniti dunia kecantikan menjadi satu gerakan budaya yang menyatukan pemilik bisnes, pencipta kandungan dan pencinta dunia kecantikan. Ia menjadi lebih istimewa apabila ia menjadi sesuatu yang dinantikan oleh ramai orang yang mahu melibatkan diri setiap kali acara ini diadakan.
BILA ANDA YAKIN INI MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA APA YANG ANDA MAHU LAKUKAN?
Ketika KLIBW 2023, saya masih ingat seawal jam 9 pagi orang sudah beratur menunggu untuk masuk ke ruang acara. Melihat sokongan orang ramai ketika itu membuat perasaan teruja, seronok dan beremosi sekali. Ia menjadi momen yang membuatkan saya semakin yakin bahawa ini yang saya mahu lakukan. Melihat ia berkembang daripada lima ribu pengunjung dengan 68 jenama sehingga 28 ribu pengunjung dan 200 jenama pada tahun 2025 sesuatu yang cukup membanggakan.

PROSES KREATIF
Bermula dengan persoalan dan daripada situ saya akan merangka apa yang patut saya lakukan seterusnya. Untuk KLIBW saya melihat feedback daripada pengunjung, jenama yang terlibat sehingga cara orang ramai berbelanja. Saya akan memastikan untuk dapat dapatkan satu konsep yang jelas dan daripada situ saya akan bentangkan setiap idea pada pasukan untuk mengemaskan lagi idea yang ada.
CABARAN
Menemukan satu keseimbangan dalam dunia kecantikan yang begitu laju hari ini. KLIBW menghimpunkan jenama kecantikan, penggiat kreatif dan pengguna yang memiliki perspektif berbeza. Memahami kehendak pasaran dengan jangkaan berbeza menjadi cabaran selain memahami trend terkini media sosial sehingga kecerdasan buatan.
PENGARUH
Saya dekat dengan budaya Britpop daripada fesyen, kesusateraan sehinggalah period drama. Masa remaja saya banyak dihabiskan di UK dan budayanya begitu membentuk pemikiran dan cita rasa. Topshop, Miss Selfridge, Dr Martens sehingga estetika Y2K dan Spice Girls. Saya juga sukakan pendekatan feminin Dior dengan naratif yang disusun.
OBSESI TERKINI
A good blush and highlighter. Ada sesuatu yang segar dalam pilihan rona dan luminous finish yang membantu melengkapkan look saya pada hari-hari yang penuh kesibukan.
Editor Rencana: Hafizan Mohd
Fotografi: Edmund Lee (HEXA Studio)
Arahan Seni: Nabihah Nizam
Penataan Gaya: Athirah Zahra
Solekan: Razzi Musa dan Sahir Sabri
Dandanan: Yusof Ruzaimi dan HairbyLala
Pelatih Amali: Nur Zulaikha Najwa

