
Hujung minggu bukan sekadar tentang mencari tempat untuk menjamu selera, tetapi juga peluang menikmati pengalaman kulinari yang berbeza. Menerusi The Ritzy Weekend Feast di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur, anda boleh mengembara ke pesisir French Riviera melalui sajian istimewa hasil sentuhan Chef Andy Choy.
Pengalaman gastronomi ini berlangsung setiap Jumaat dan Sabtu dari 3 Oktober hingga 28 November 2026, bertempat di The Cobalt Room, Aras Satu, Ritz Carlton Kuala Lumpur dari jam 6.30 petang hingga 10 malam.
Menariknya, edisi kali ini menampilkan Chef Andy Choy, cef dan restaurateur Malaysia yang mempunyai pengalaman hampir dua dekad dalam dunia fine dining antarabangsa. Pernah menimba pengalaman di dapur restoran ternama seperti Guy Savoy di Paris yang menerima tiga bintang Michelin, serta restoran Gordon Ramsay di London dan Dubai, Chef Andy turut mengharumkan nama menerusi gelaran juara Chef Par Excellence Competition 2017 dan finalis Concours Gastronomie 2018 di Paris.

Dari Pesisir Mediterranean ke Meja Makan Anda
Bayangkan sajian yang menggabungkan keanggunan masakan Perancis dengan karakter masakan Itali, dihidangkan dalam suasana santai yang tetap mewah. Itulah inspirasi di sebalik menu The Ritzy Weekend Feast, yang meraikan kepelbagaian rasa dan tradisi kulinari dari French Riviera.
Antara hidangan pembuka selera yang mencuri perhatian termasuk duck rillettes bersama cornichons, salmon gravlaxdengan sentuhan bijan panggang dan yuzu, serta fritto misto yang dipadankan dengan sos toum. Setiap sajian menawarkan gabungan tekstur dan rasa yang menjadikan pengalaman menjamu selera lebih menarik.
Bagi pencinta pasta, live station menjadi antara tarikan utama. Nikmati pilihan seperti spinach mafaldine, tortelli dan beetroot fusilli, disempurnakan dengan sos buatan sendiri termasuk cendawan truffle, sos crustacean dan buih keju pecorino. Lebih istimewa, menu yang berubah setiap minggu memberikan alasan untuk kembali dan mencuba sesuatu yang baharu.
Hidangan klasik, sentuhan kontemporari

Pengalaman ini diteruskan dengan pilihan hidangan utama yang mengangkat cita rasa klasik Eropah. Antara yang menanti ialah steak haché bersama sos lada hijau serta poulet à la crème, sajian ayam berkrim yang cukup sinonim dengan masakan Perancis.
Sudah tentu, pengalaman gastronomi yang lengkap tidak berakhir tanpa sesuatu yang manis. Akhiri hidangan dengan pencuci mulut berinspirasikan Perancis seperti riz au lait, puding nasi berkrim yang menenangkan, dan baba au sirop, kek bertekstur lembut yang direndam dalam sirap.
Dengan gabungan live station menu berputar setiap minggu dan kepakaran Chef Andy Choy, The Ritzy Weekend Feast menawarkan lebih daripada sekadar bufet hujung minggu. Ia merupakan jemputan untuk meneroka dunia rasa Eropah tanpa perlu meninggalkan Kuala Lumpur.
Butiran acara
- Lokasi: The Cobalt Room, Aras Satu, The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur
- Tarikh: Setiap Jumaat dan Sabtu, 3 Oktober hingga 28 November 2026
- Masa: 6.30 petang hingga 10 malam
- Tempahan: WhatsApp +60 18 623 0037 untuk membuat tempahan.

