Langgan

Cari Rentak Anda Di lululemon Listening Lounge Kuala Lumpur

Find your rhythm, feel the moment.
1 minit untuk membaca
Published: October 2, 2026

Menjelang Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) yang bakal berlangsung tidak lama lagi, lululemon mengajak komuniti runners untuk memperlahankan langkah seketika menerusi lululemon Listening Lounge Kuala Lumpur — sebuah ruang interaktif yang meraikan hubungan antara muzik, pergerakan dan komuniti.

Bukan sekadar tempat persinggahan sebelum perlumbaan, Listening Lounge direka sebagai ruang untuk pelari “tune in” kepada diri sendiri, mendengar rentak tubuh, menyusun fikiran dan menikmati perjalanan sebelum hari besar tiba.

Bertempat di Godown Arts Centre, Kuala Lumpur, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti yang membantu menyegarkan tubuh dan minda, termasuk sesi shake-out run, mindful yoga, latihan mobiliti serta pengalaman sound bath yang memberi peluang untuk berehat dan mengisi semula tenaga.

Sebuah Ruang Untuk Mencipta Kenangan Peribadi

Di lululemon Listening Lounge, pengunjung boleh meraikan perjalanan tersebut menerusi pengalaman kreatif seperti mencipta custom record sleeve dan merakam mantra peribadi sebagai simbol motivasi sebelum melangkah ke garisan permulaan.

Bukan itu sahaja, lululemon turut memperkenalkan customization eksklusif untuk T-shirt dengan koleksi rekaan terhad 2026 yang dicipta khas untuk acara ini. Tetamu yang membeli T-shirt terpilih boleh menikmati customization percuma untuk menambah sentuhan peribadi pada race day kit mereka.

Bagi mereka yang ingin mengabadikan momen perlumbaan, servis medal engraving turut disediakan sebagai kenangan istimewa.

lululemon Listening Lounge Kuala Lumpur
📍 Godown Arts Centre
11 Lorong Ampang 7, Off Jalan Bukit Nanas, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia

📅 1–4 Oktober 2026
🔗 Daftar di: https://www.eventbrite.sg/o/lululemonmy-31897761203

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down