
Hujung minggu lalu, Lululemon TRAINING GROUND membuat kemunculan sulungnya di Singapura, sebuah pengalaman latihan eksklusif yang mengangkat pergerakan sebagai gaya hidup dan potensi diri sebagai sesuatu yang sentiasa boleh diterokai.
Berteraskan mindset “Yet”, TRAINING GROUND mengajak setiap individu untuk melihat kemajuan secara berbeza. Bukan tentang sudah sampai atau belum, tetapi tentang kesediaan untuk mencuba, bergerak dan terus berkembang. Kerana setiap orang berada di titik permulaan yang berbeza dan itu tidak mengapa.

Diterajui oleh atlet kecergasan serta Lululemon Ambassador, Amotti, program yang disusun rapi ini menampilkan barisan jurulatih terkemuka Singapura, Gino Morales (lululemon Ambassador), Samuel Lim (Fire City), Jess Arrowsmith (Double Knots), Syam (REVL), Alicia Teng (Division Athletics) dan Wyl (MVRCK). Setiap sesi direka untuk menggabungkan kekuatan, conditioning dan prestasi athletic dengan pendekatan yang seimbang, mencabar namun tetap inklusif.

Lebih daripada sekadar latihan fizikal, TRAINING GROUND turut memberi ruang untuk rehat dan eksplorasi. Tetamu berpeluang melihat koleksi terkini pakaian latihan lululemon, menikmati perkhidmatan pengubahsuaian eksklusif di lokasi, serta mengisi semula tenaga di fuel bar yang disediakan. Satu pengalaman menyeluruh dari awal pemanasan hingga ke regangan terakhir.



