Langgan

New Balance Jadikan Sneakers Ikonik Sebagai Blind Box Collectable

New Balance memberi definisi baharu kepada sneaker obsession.
1 minit untuk membaca
Published: September 30, 2026

Oktober ini, tiga siluet ikonik New Balance iaitu 9060, 204L dan ABZORB 2010 hadir dengan warna-warna baharu. Tetapi yang lebih menarik perhatian ialah sesuatu yang jauh lebih kecil: Shoebox Clicker Collection, satu siri miniature yang mengubah identiti sneakers tersebut kepada collectable keychains berbentuk kotak kasut.

Satu Shoebox, Satu Kejutan

Kalau anda gemar budaya blind box, koleksi ini mungkin sukar untuk dilepaskan.

Terdapat sembilan rekaan Shoebox Clicker yang diinspirasikan daripada karakter dan bentuk tersendiri 9060, 204L dan ABZORB 2010. Setiap satu hadir dalam kotak tertutup, jadi rekaan yang bakal anda dapat hanya diketahui selepas kotak dibuka.

Mungkin rekaan kegemaran anda. Mungkin juga yang tidak pernah dijangka. Di situlah letaknya keseronokan blind box, sedikit elemen kejutan yang menjadikan pengalaman memiliki sesuatu terasa lebih peribadi.

Cara Mendapatkannya

Dengan setiap pembelian New Balance 9060, 204L atau ABZORB 2010, anda akan menerima satu blind box yang mengandungi salah satu daripada sembilan rekaan secara rawak.

Koleksi ini tersedia mulai 1 Oktober 2026 di New Balance Pavilion KL, The Exchange TRX, Mid Valley Megamall, IOI City Mall dan Sunway Pyramid, selain melalui laman rasmi New Balance Malaysia

Terma dan syarat dikenakan. Shoebox Clicker Collection tersedia sementara stok masih ada.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down