Langgan

Meraikan Dunia Vintaj CASIO di Taman Paramount

Penyatuan horologi dan gaya hidup vintaj
1 minit untuk membaca
Published: September 25, 2026

CASIO Vintage melangkah keluar daripada dunia arloji dengan membawa semangat vintajnya menyusuri lorong-lorong dan denyut kehidupan kejiranan Taman Paramount, Petaling Jaya yang berlangsung bermula 25 sehingga 27 September 2026.

Membawa tema Same Time, Different Style acara ini mengajak orang ramai menikmati sebuah pengalaman neighbourhood-hopping yang menemukan nostalgia masa lalu dengan gaya kontemporari, denyut budaya setempat dan ekspresi peribadi yang lahir daripada rutin seharian. Di sini, masa bukan sekadar sesuatu yang diukur—ia dirasai, dihayati dan diterjemahkan menerusi gaya yang tersendiri.

Berlangsung di tiga ruang kreatif sekitar Taman Paramount iaitu Ilaika, Fifth dan Paolo Paolo setiap pengunjung bakal merasakan pengalaman inklusif mengenal warisan dan gaya hidup CASIO dalam acara yang diadakan selama tiga hari ini ini. Seian dapat menyingkap sisi berbeza CASIO Vintage menerusi tiga mood dan perspektif yang tersendiri.

Setiap persinggahan menawarkan interpretasi cuku unik bagi setiap koleksi ini. Apa yang bakal anda temukan adalah satu warisan dunia horologi yang menyatu dengan gaya hidup terkini dalam satu acara yang menyatukan komuniti. Pada masa yang sama, ia meraikan bagaimana jenama ini terus menyatukan ilham gaya hidup merentas generasi dan sub-budaya.

Berlangsung bermula jam 1 tengah hari hingga 9 malam, pengunjung bebas menyusuri kejiranan ini mengikut rentak masing-masing. Lengkapkan perjalanan dengan mengunjungi ketiga-tiga lokasi yang mengambil bahagian serta menyertai aktiviti yang tersedia di sepanjang laluan untuk menebus hadiah misteri eksklusif, sementara stok masih ada.

Sebagai pelengkap pengalaman, setiap pembelian jam tangan CASIO Vintage sepanjang acara ini berlangsung akan pulang dengan bingkisan istimewa bersama aiskrim daripada Paolo Paolo secara percuma sementara stok masih ada.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down