Musim baharu kini bermula dan seperti tradisi setiap musim fesyen, perjalanan bermula di kota Big Apple, sebelum diteruskan ke London, Milan dan Paris. Minggu Fesyen New York Musim Bunga/Panas 2027 membuka tirai bulan fesyen dengan nama-nama seperti Tommy Hilfiger, Alice + Olivia dan Tory Burch, selain deretan wajah popular yang hadir memeriahkan acara.
Walaupun Coach tidak tersenarai dalam kalendar rasmi fesyen di CFDA, pertunjukan koleksinya tetap menjadi antara acara yang mencuri perhatian, terutama dalam meraikan ulang tahun ke-85 jenama tersebut. Barisan selebriti yang hadir menampilkan bintang-bintang Asia, termasuk pelakon Thailand Nanon Korapat dan Love Pattranite, selain Soyeon daripada (G)I-DLE serta kumpulan gadis KiiiKiii, yang juga baru dilantik sebagai duta Coach pada tahun ini.
Sementara itu, Tommy Hilfiger membuka pertunjukannya dengan Gigi Hadid di pentas peragaan, sementara Jisoo, Duta Jenama Globalnya mengambil tempat duduk di barisan hadapan. Tidak ketinggalan, trio bintang sensasi Thailand, Gemini Norawit, Phuwin Tangsakyuen dan Fourth Nattawat turut hadir menambahkan lagi aura bintang pada pertunjukan tersebut.
Daripada bintang K-pop hingga bintang Thailand, kehadiran selebriti Asia semakin menjadi sebahagian daripada landskap NYFW, khususnya di barisan hadapan pertunjukan. Teruskan membaca untuk melihat barisan selebriti yang tiba ke New York umtuk pertujukan musim baharu ini.
Jisoo

Gemini Norawit, Fourth Nattawat & Phuwin Tangsakyuen

Choi Soo-young, Hyoyeon & Kwon Yu Ri

Jung Hae-in

Gong Hyojin

Alexandra Eala

Ling Ling Kwong

Park Gyu-young

Mew Suppasit

Heart Evangelista

KiiiKiii

Love Pattranite

SOYEON

Yasmin Napper & Syifa Hadju


