Langgan

Beg Luxury Pertama: Momen Menggayakan Coach Chelsea Shoulder Bag

Ikuti pengalaman Penulis Fesyen ELLE, Athirah Zahra, menerokai Manila Fashion Week dengan beg luxury pertamanya—Coach Chelsea Shoulder Bag 30 sebagai teman gaya sepanjang pengembaraan.
2 minit untuk membaca
Published: September 22, 2026

Saya selalu percaya bahawa aksesori terbaik adalah yang tidak membuat kita terlalu banyak berfikir. Ia ada di situ, melengkapkan gaya, membawa apa yang kita perlukan, dan somehow membuat kita rasa sedikit lebih polished.

Jadi, ketika tiba waktunya memilih luxury bag pertama saya, saya tahu saya tidak mahu sesuatu yang hanya cantik untuk dilihat. Saya mahukan beg yang boleh mengikuti saya daripada airport ke front row, daripada coffee meeting ke dinner selepas show.

Untuk Manila Fashion Week, pilihan saya ialah Coach Chelsea Shoulder Bag 30 in Black.

Dan ternyata, membawa beg luxury pertama ke fashion week terasa sedikit lebih sentimental daripada yang saya jangkakan.

Beg Apakah Yang Sesuai Sebagai Beg Luxury Pertama?

Sebagai beg luxury pertama saya, saya mahukan sesuatu yang bukan sekadar cantik, tetapi mempunyai karakter yang boleh bertahan lama. Coach Chelsea Shoulder Bag terasa seperti pilihan yang tepat, daripada siluetnya yang klasik dan refined hingga reka bentuknya yang cukup versatil untuk digayakan dalam pelbagai cara. Ia mempunyai keseimbangan antara timeless elegance dan sentuhan moden, menjadikannya beg yang terasa istimewa untuk menandakan satu milestone dalam hidup saya, sambil kekal relevan untuk tahun-tahun akan datang. Membawanya ke Milan Fashion Week menjadikan pilihan ini terasa lebih bermakna seolah-olah sebuah beg yang akan sentiasa mengingatkan saya kepada satu bab penting dalam perjalanan saya.

Saya memilih warna hitam kerana ia terasa paling saya. Rona hitam mempunyai cara tersendiri untuk membuat apa sahaja kelihatan lebih effortless, dan dalam konteks fashion week, saya suka bagaimana ia boleh menjadi penyeimbang kepada outfit yang lebih experimental.

Dengan tailoring? Works.

Dengan dress yang lebih feminine? Works.

Dengan denim dan flats untuk hari yang lebih santai? Still works.

Itulah perkara pertama yang saya hargai tentang luxury bag pertama saya: versatility terasa lebih berharga daripada statement.

 How to style the Coach Chelsea Bag?

Sepanjang fashion week, saya bereksperimen dengan tiga mood yang berbeza. Daripada denim yang effortless, sophisticated bling yang lebih glamor, hinggalah kepada college varsity yang lebih playful. Menariknya, Chelsea terasa sama natural dalam setiap gaya.

Denim, but make it polished. Untuk look yang lebih relaxed, saya memilih denim sebagai asas dan menambah elemen yang lebih refined melalui potongan yang clean serta aksesori minimal. Chelsea dalam rona hitam memberikan sedikit struktur kepada keseluruhan look, menjadikannya terasa lebih sophisticated tanpa menghilangkan karakter kasual denim.

Sophisticated bling. Untuk hari yang memerlukan sedikit lebih sparkle, saya bermain dengan aksesori berkilau dan elemen yang lebih glamor. Di sini, Chelsea menjadi balancing act. Warna hitamnya menenangkan keseluruhan look yang lebih embellished, sambil mengekalkan siluet yang sleek dan polished.

Neutral Dalam Gaya. Ada sesuatu tentang rona khaki yang membuat gaya harian terasa lebih put-together tanpa perlu terlalu mencuba. Padankan kemeja khaki bersama skirt bertekstur dan hijab rona coklat untuk kombinasi neutral yang mudah digayakan dari pagi hingga petang. Keseluruhan gaya dilengkapkan dengan Coach Brooklyn dalam rona hitam cukup untuk memberikan sedikit kontras, sambil kaca mata hitam dan aksesori perak menambah sentuhan cool pada keseluruhan look.

Tiga mood, tiga interpretasi gaya, satu beg yang sama. Dan itulah yang paling saya sukai tentang Chelsea: ia memberi saya ruang untuk mengubah karakter setiap look tanpa perlu menukar aksesori utama.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down