Langgan

Buletin Arloji Minggu Ini

Nadi baru dunia horologi
2 minit untuk membaca
Published: September 2, 2026

Dunia arloji bertumbuh lagi dengan penciptaan baru yang menjadi dambaan. Daripada ilham berteras rekaan, warisan sehingga komplikasi tingkat tinggi kesemuanya datang mengisi kehendak setiap pencinta dunia horologi.

 

 HUBLOT Big Bang Original Soft Touch

Sesetengah jam tangan dicipta untuk dilihat namun lebih daripada itu ia menjadi sebuah pengalaman unik jika dapat memilikinya. Big Bang dambaan pencinta Hublot dengan edisi terkini Original Soft Touch yang serba baru. Buat pertama kalinya material getal digunakan di hampir keseluruhan penciptaan jam tangan ini. Daripada bekas, bezel, dail dan pergelangannya. Ilham rekaan dikekalkan namun tampil dengan rona lebih sensual dan menawan.

Casio AQ-230ECK Café Kitsuné

Sebuah kolaborasi yang tidak diduga namun cukup menarik untuk dihayati. Casio bersama Café Kitsuné memberi hayat baru koleksi AQ-230 dengan sesuatu yang lebih current dan segar. Kolaborasi ini diterjemahkan melalui perincian yang lebih unik dengan simbol musang ikonik Café Kitsuné pada dail dan bahagian belakang bekas. Ia juga hadir dalam satu pakej yang cukup menarik, sempurna sebagai bingkisan atau koleksi peribadi.

TUDOR Northflag

TUDOR Northflag kembali dengan semangat lebih berani mentafsir sosok perintis yang mencorakkan sejarah TUDOR. Dari hamparan ais di Greenland sehingga ke ruang udara Eropah, Northflag kembali dengan keterujaan baru. Apa yang ditawarkan hari ini adalah fungsi GMT serta pensijilan Master Chronometer yang dipertingkatkan.

Piaget Polo Minute Repeater

Piaget Polo Minute Repeater yang baru menjadi sebuah manifestasi berdekad lamanya Maison dalam bidang pembuatan jam tangan ultra-nipis berkomplikasi tinggi. Dail separa kerangka memberikan pandangan memukau terhadap mekanisme rumit di sebaliknya, menggabungkan emas guilloché buatan tangan dengan kemasan sunray. Didatangkan dalam reka bentuk Piaget Polo yang tersendiri, jam tangan ini menampilkan kaliber Manufacture 1290P, yang direka, dibangunkan, dikemas dan dipasang sepenuhnya di La Côte-aux-Fées.

Seiko Presage

Seiko Presage hari ini memperkenalkan edisi terhad yang diinspirasikan daripada seni tradisional Jepun, Bonsai. Ia merupakan satu kerjasama jenama ini dengan TRADMAN’S BONSAI, sebuah kolektif kreatif yang khusus dalam reka bentuk, penghasilan dan kurasi ruang bonsai. Pancaran cahaya bulan diterjemahkan melalui esen rona emas pada bekas dan tali. Ia menciptakan sesuatu yang elegan serta sofistikated. Dail pula diserikan dalam warna matsuba-iro (hijau jarum pain).

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down