Langgan

lululemon Perkenal Fast and Free Baharu Untuk Musim Luruh 2026

Musim ini, lululemon mahu menjadikan setiap langkah terasa lebih bebas.
2 minit untuk membaca
Published: August 13, 2026

Larian kini bukan sekadar tentang pace, jarak atau mengejar PB (personal best). Ia juga tentang ritual, tenaga dan rasa percaya diri yang hadir setiap kali kita melangkah keluar. Menyambut Fall 2026, lululemon membawa perspektif baharu kepada pakaian larian menerusi Fast and Free, rangkaian yang direka untuk mereka yang mahu bergerak dengan minimum gangguan dan maksimum kebebasan.

Less Distraction, More Movement

Koleksi Fast and Free diperbaharui dengan satu matlamat utama: menjadikan setiap larian terasa lebih effortless. lululemon memperhalusi bahagian bottoms dengan binaan yang lebih streamlined, garisan rekaan yang lebih kemas serta ruang penyimpanan yang diletakkan secara lebih intuitif.

Diperbuat daripada fabrik yang ringan dan breathable, setiap helaian direka untuk bergerak seiring dengan tubuh, bukan menghalang pergerakan. Hasilnya? Pakaian yang terasa begitu ringan dan tidak mengganggu, membolehkan anda kekal fokus pada apa yang paling penting.

Running Gear, But Make It Personal

Untuk Fall 2026, lululemon bermain dengan warna lebih berani. Rona-rona baharu membolehkan setiap helaian mudah untuk di suai padankan, termasuk mencipta colour-blocking yang lebih ekspresif.

Tidak perlu semuanya sepadan. Malah, ketidaksepadanan itulah yang boleh menjadikan keseluruhan penampilan lebih menarik.

Pendekatan ini memberikan ruang kepada pelari untuk melihat pakaian sukan sebagai sebahagian daripada personaliti dan bukan sekadar pakaian yang dipakai untuk bersenam.

Apabila Cuaca Panas Bukan Lagi Alasan

Turut mencuri perhatian ialah Fast and Free Airflow, koleksi ringan yang direka dengan mengambil kira keperluan pelari dalam cuaca panas.

Pengudaraan ditempatkan secara strategik pada bahagian yang memerlukannya, membantu meningkatkan aliran udara ketika tubuh mula memanas. Sesuai untuk sesi larian di luar, terutamanya apabila cuaca tropika menuntut sesuatu yang lebih ringan dan bernafas.

From Street to Community

Sempena pelancaran koleksi Fall 2026, lululemon turut menghidupkan semangat komuniti menerusi siri weekly runs, mengajak pelari untuk berkumpul, bergerak dan mengalami sendiri koleksi tersebut ketika beraksi. Sertai community runs lululemon, temui komuniti pelari baharu dan rasai sendiri pengalaman Fast and Free ketika beraksi dan anda boleh daftar di sini.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down