Langgan

Wanita di Sebalik Lensa: Potret Mimpi Hana Roanne

Di mana realiti dan mimpi saling bertemu.
2 minit untuk membaca
Published: August 4, 2026
Hana Roanne
Hana Roanne

Hana Roanne memulakan kisah cintanya dengan dunia fotografi sejak 2015 apabila menerima kamera pertamanya daripada ibu bapa tersayang. “Penggambaran potret dan jalanan merupakan cinta pertama saya,” luahnya.

Kelebihan dalam Kekurangan

Hana Roanne
Gambar ihsan Hana Roanne

Baginya, kehidupan harian dan persekitaran menyumbang kepada pelbagai sumber inspirasi kreatif. Fotografi telah mengubah perspektif hidupnya secara menyeluruh.  Antara perkara yang selalu mencuri tumpuannya adalah barangan yang dimamah usia. “Rumah usang, kerusi reput, pakaian lusuh dan dinding dengan cat yang mengelupas. Saya sering tertanya-tanya tentang kehidupannya,” kata Hana. “Melalui fotografi, saya mula menyedari segala jenis cacat cela yang wujud di sekeliling dan betapa indahnya kekurangan itu,” dia menjelaskan. Baginya, hidup lebih indah apabila kita memberi lebih perhatian kepada apa yang ada di sekeliling.

Melangkau Realiti

Hana Roanne
Gambar ihsan Hana Roanne

Namun terdapat juga limpahan inspirasi apabila melangkaui dunia nyata. Mimpi juga menjadi sumber inspirasi utama baginya. Melalui rakaman suara Hana, menyimpan rekod mimpi-mimpi aneh yang pernah dialami. “Kelakar sebenarnya apabila mendengar semula rakaman-rakaman suara itu, saya seperti hilang waras apabila membebel pada 7 pagi tentang tangga yang tidak berhala tuju dan wajah yang sering bertukar,” dia menerangkan. Tapi rakaman itulah yang menjadi bahan api bagi karyanya. “Antara idea kegemaran saya tercetus dari mimpi.”

Hana Roanne
Gambar ihsan Hana Roanne

Hasilnya adalah fotografi yang seakan-akan mimpi tapi juga berakar pada realiti. Memeriksa karyanya, setiap muka, ekspresi dan jalanan menceritakan sesuatu tentang kehidupan dan menterjemah setiap cela sebagai sesuatu yang unik dan indah.

Mencari Inspirasi

Gambar ihsan Hana Roanne

Ilham bagi Roanne boleh tercetus dimana-mana sahaja oleh itu dia jarang kekeringan idea. Malah boleh dikatakan, untuknya creative block bukan kerana kekurangan inspirasi tetapi oleh sebab kesaratan idea yang menyebabkan otak tidak dapat memproses segalanya. Untuk menangani masalah ini, dia mendapati yang keluar untuk berhubung dengan alam sekitar sangat membantu. “Terdapat hikmah dalam ungkapan ‘go touch some grass’,” dia menjelaskan.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down