Langgan

The New Fashion Leaders: Transformasi Cherie Alexis Dalam Dunia Fesyen Mewah

Perjalanan kerjaya yang membuktikan bahawa pengalaman kreatif boleh berkembang menjadi kepimpinan strategik.
3 minit untuk membaca
Published: July 30, 2026

Suatu ketika dahulu, kerjaya dalam industri fesyen sering dikaitkan dengan dua laluan utama seperti menjadi pereka atau menghiasi pentas peragaan sebagai model. Namun landskap fesyen mewah hari ini jauh lebih kompleks. Di sebalik setiap pertunjukan yang memukau dan kempen yang menjadi bualan, terdapat barisan profesional yang menentukan bagaimana sesebuah jenama berkomunikasi, membina pengaruh dan berkembang merentasi pasaran antarabangsa.

Inilah pemimpin fesyen masa kini.

Generasi ini bukan sekadar mempunyai mata yang tajam terhadap estetika, malah memahami strategi pemasaran, komunikasi global dan tingkah laku pengguna. Dalam dunia yang semakin kompetitif, kreativiti menjadi lebih bernilai apabila disokong oleh pemikiran strategik.

Perjalanan kerjaya Cherie Alexis menjadi gambaran jelas tentang evolusi tersebut.

Dari Dunia Kreatif ke Kerusi Kepimpinan

Sebelum menguruskan operasi pasaran Singapura untuk sebuah agensi Luxury PR antarabangsa yang berpangkalan di Hong Kong dan Shanghai, Cherie membina kerjayanya sebagai model sepenuh masa serta private luxury shopper. Pengalaman itu memberinya akses kepada dunia fesyen mewah dari perspektif yang cukup unik, memahami kehendak pelanggan, menghayati DNA setiap jenama dan menyaksikan sendiri bagaimana imej eksklusif dibentuk.

Namun, semakin lama berada dalam industri, beliau menyedari bahawa kejayaan sesebuah jenama tidak hanya bergantung kepada koleksi yang cantik atau kempen yang kreatif. Di sebalik setiap pelancaran produk dan pertunjukan fesyen, wujud strategi komunikasi yang dirancang dengan teliti, keputusan pemasaran yang berasaskan data dan pemahaman mendalam tentang pasaran global.

Keinginan untuk memahami aspek inilah yang mendorong beliau melanjutkan pembelajaran melalui program Marketing & Communications for Fashion and Luxury Brands di ELLE Education by Mindway.

Memahami Industri Dari Sudut Yang Berbeza

Berbanding hanya melihat fesyen sebagai ekspresi kreativiti, Cherie mula memahami bagaimana jenama mewah membina reputasi mereka dalam jangka masa panjang. Melalui pelbagai kajian kes dan tugasan sepanjang program, beliau mempelajari bagaimana strategi komunikasi dibentuk, bagaimana sesuatu keputusan dibuat dan bagaimana penyelesaian kreatif boleh dilaksanakan tanpa mengorbankan identiti sesebuah jenama.

"Drawing from many case studies that were raised through assignments or classes allowed me to analyze the different strategies and thought processes behind certain decisions. This gives me a more comprehensive level of problem-solving skills, along with allowing me to find creative solutions that maintain the essence of the client or brand better," katanya.

Pengalaman pembelajaran tersebut akhirnya menjadi asas kepada peralihan kerjayanya daripada seorang profesional kreatif kepada individu yang kini mengendalikan komunikasi jenama mewah di peringkat serantau.

Apabila Perspektif Global Menjadi Kelebihan

Dalam industri yang merentas sempadan, memahami pasaran tempatan sahaja tidak lagi mencukupi. Jenama mewah hari ini memerlukan individu yang mampu menyesuaikan komunikasi mengikut budaya, pengguna dan trend global tanpa menghilangkan identiti asal mereka.

Menurut Cherie, pendedahan yang diterimanya di ELLE Education membuka perspektif yang jauh lebih luas terhadap industri.

"The course gave me technical knowledge, more insights, and a more international perspective on the fashion industry. Getting to where I am today managing the Singapore market would've been more challenging without the knowledge gained during my time at ELLE Education."

Pengetahuan inilah yang membolehkannya menguruskan operasi pasaran Singapura dengan lebih yakin, sambil berhubung rapat dengan rangkaian antarabangsa yang merangkumi Hong Kong, Shanghai dan pasaran Asia lain.

Masa Depan Milik Mereka Yang Berani Berkembang

Kisah Cherie Alexis mencerminkan realiti baharu dunia fesyen. Industri ini tidak lagi hanya mencari individu yang kreatif, tetapi mereka yang mampu menggabungkan kreativiti dengan strategi, kepimpinan dan pemikiran global.

Institusi seperti ELLE Education by Mindway turut memainkan peranan dalam membentuk generasi profesional ini—mereka yang bersedia memimpin perubahan dalam dunia fesyen mewah yang sentiasa berkembang. Bagi Cherie, perjalanan itu bermula dengan satu keputusan untuk terus belajar.

"Stay open-minded; the world has so many surprises in store for those willing to go step by step in their journey, even when things are uncertain."

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down