Langgan

Ingin Bina Kerjaya Dalam Fesyen? Mungkin Ini Laluan Yang Sesuai Untuk Anda

Terokai program yang tersedia melalui ELLE Education dan temui laluan pembelajaran yang sesuai dengan aspirasi kerjaya anda.
3 minit untuk membaca
Published: September 30, 2026

Di sebalik setiap fashion editorial, kempen kreatif dan pelancaran jenama mewah, ada puluhan kerjaya yang mungkin tidak pernah kita fikirkan. Mungkin salah satunya sebenarnya sesuai untuk anda.

Minat terhadap industri fesyen sering dianggap sekadar hobi, lebih-lebih lagi apabila laluan kerjaya dalam industri kreatif kelihatan terlalu kompetitif atau sukar untuk ditembusi. Tetapi fesyen hari ini bukan lagi hanya tentang mereka yang mereka pakaian atau berada di hadapan kamera. Di sebalik setiap koleksi, kempen dan pengalaman jenama, terdapat pelbagai peranan, daripada strategi perniagaan dan pemasaran hinggalah kepada styling, komunikasi, reka bentuk ruang dan transformasi digital.

Persoalannya bukan sekadar “Adakah saya boleh bekerja dalam fesyen?”, tetapi “Bahagian mana dalam industri ini yang paling sesuai dengan cara saya berfikir dan bekerja?”

ELLE Education by Mindway menawarkan beberapa laluan pembelajaran yang direka untuk mereka yang mahu membina kepakaran dalam fashion, luxury dan industri kreatif. Berikut lima jenis aspirasi yang mungkin terasa dekat dengan anda.

1. Anda Lebih Suka Membina Strategi Daripada Mengikut Trend

Anda bukan sekadar tertarik dengan jenama mewah, tetapi anda ingin tahu apa yang membuatkan sesebuah jenama berkembang, bagaimana ia mengekalkan identiti dan bagaimana keputusan perniagaan boleh mengubah kedudukannya dalam pasaran.

Jika anda lebih selesa melihat gambaran besar, strategi dan perkembangan jenama, laluan Business & Branding atau MBA in Luxury Brands boleh menjadi antara bidang yang relevan untuk diterokai.

Fokusnya merangkumi aspek seperti model kewangan, strategi pengembangan dan operasi dalam industri luxury, kemahiran yang berada di sebalik banyak keputusan besar sesebuah jenama.

2. Anda Tahu Apa Yang Membuatkan Sesuatu Jenama Jadi Talked About

Anda faham budaya digital, tahu bagaimana sesuatu trend berkembang dan mungkin sering menjadi orang pertama dalam kumpulan anda yang tahu tentang sesuatu yang sedang trending.

Lebih daripada sekadar mengikuti trend, anda tertarik dengan persoalan: bagaimana sesuatu idea boleh mencipta perbualan?

Laluan seperti Master in Fashion Marketing atau Diploma Course Marketing & Communication for Fashion & Luxury memberi fokus kepada pemasaran, storytelling, strategi influencer dan komunikasi jenama. Kemahiran yang membantu membentuk bagaimana sesebuah jenama dilihat oleh audiensnya.

3. Anda Melihat Dunia Dalam Bentuk Moodboard

Jika camera roll anda dipenuhi dengan rujukan editorial, kombinasi warna, interior inspiration dan gaya yang anda sendiri sukar jelaskan tetapi tahu apabila melihatnya, mungkin kekuatan anda memang terletak pada visual.

Anda mempunyai 'eye' untuk estetika, tetapi mahu mengubah rasa dan intuisi tersebut menjadi kemahiran profesional.

Program seperti Certificate Image Consultant and Personal Shopper atau Diploma Course Visual Merchandising and Fashion Stylist boleh membantu membina pengetahuan dan portfolio dalam bidang styling, visual merchandisingdan konsultasi imej.

4. Anda Lebih Tertarik Kepada Ruang Daripada Pakaian

Bagi anda, luxury bukan hanya apa yang dipakai. Ia juga tentang bagaimana sebuah butik direka, bagaimana hotel mencipta suasana atau bagaimana sesuatu ruang membuatkan kita mahu tinggal lebih lama.

Jika anda sentiasa memerhatikan pencahayaan, layout, material dan pengalaman sesuatu ruang, dunia interior design mungkin menawarkan persilangan menarik antara kreativiti dan luxury.

Melalui Master in Interior Design, minat terhadap estetika ruang boleh dikembangkan kepada kemahiran yang boleh digunakan untuk projek komersial mahupun kediaman.

5. Anda Mahu Upgrade Tanpa Menghentikan Hidup Yang Sedang Berjalan

Tidak semua orang mempunyai masa untuk mengambil laluan pendidikan yang panjang. Mungkin anda sudah mempunyai kerjaya, tetapi mahu menambah satu kemahiran baharu yang boleh terus digunakan dalam pekerjaan atau portfolio.

Untuk profil seperti ini, 4-Month Intensive Certificates menawarkan pendekatan yang lebih fokus, dengan pembelajaran 100% dalam talian dan bidang pengajian yang lebih khusus seperti trend forecasting, transformasi digital atau sustainable fashion.

Ia membolehkan anda menambah kepakaran tanpa perlu mengetepikan komitmen sedia ada.

Jadi, Fashion Yang Mana Satu Untuk Anda?

Kerjaya dalam fashion tidak semestinya mempunyai satu laluan yang lurus. Ada yang bermula daripada kreativiti, kemudian bergerak ke strategi. Ada yang datang daripada dunia korporat sebelum menemukan tempatnya dalam luxury. Ada juga yang menggunakan kemahiran sedia ada dan mengaplikasikannya dalam industri yang diminati.

Apa yang penting ialah mengenal pasti kemahiran, minat dan jenis kerja yang benar-benar sepadan dengan diri anda, kemudian barulah mencari ruang untuk mengembangkannya.

Melalui ELLE Education by Mindway, pilihan program merangkumi bidang business, branding, marketing, communication, styling, visual merchandising, interior design dan kursus intensif yang lebih khusus.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down