Langgan

Garmin CIRQA Membantu Anda Tahu Bila Masa Untuk Bergerak dan Berehat

Ini sebab mengapa Garmin CIRQA menarik untuk wanita moden.
2 minit untuk membaca
Published: July 22, 2026

Dalam dunia di mana hampir setiap peranti di pergelangan tangan hadir dengan skrin, notifikasi dan pelbagai gangguan digital, Garmin mengambil pendekatan yang berbeza menerusi CIRQA Smart Band: smart band pertama daripada jenama itu tanpa skrin, direka untuk memantau kesihatan dan kecergasan sepanjang hari tanpa mengambil alih perhatian anda.

Dengan kata lain, anda boleh terus bergerak, bersenam, tidur dan menjalani rutin harian seperti biasa. Data kesihatan pula boleh diakses kemudian menerusi aplikasi Garmin Connect.

And yes, no subscription is required.

The Smart Band That Stays Out of Your Way

Direka untuk pemantauan yang lebih diskret, CIRQA Smart Band hadir dengan reka bentuk minimal dan fabrik yang selesa untuk dipakai sepanjang hari dan termasuklah ketika tidur. Ia boleh dipakai pada pergelangan tangan atau bahagian lengan atas, bergantung pada aktiviti dan pilihan pengguna.

Bateri pula mampu bertahan sehingga 10 hari, menjadikannya teman yang praktikal untuk pemantauan 24/7 tanpa perlu kerap dicas.

Menariknya, CIRQA turut boleh mengesan dan merekod pelbagai aktiviti secara automatik, walaupun tanpa skrin. Aktiviti yang direkodkan kemudiannya boleh dilihat dan disunting menerusi Garmin Connect. Semakin kerap pengguna mengesahkan atau mengedit aktiviti, semakin tepat sistem ini dalam mengenal pasti corak aktiviti pada masa akan datang.

Bukan Sekadar Untuk Mengira Langkah

Untuk wanita, smart band ini turut menawarkan ciri penjejakan kitaran haid dan kehamilan. Dengan menjejaki perubahan suhu kulit ketika tidur, pengguna boleh mendapatkan ramalan haid yang lebih baik serta anggaran ovulasi berdasarkan rekod terdahulu.

Ini bermakna, teknologi bukan sekadar memberitahu anda berapa banyak langkah yang telah diambil tetapi membantu anda memahami badan dengan lebih menyeluruh. Antaranya termasuk pemantauan kadar denyutan jantung berasaskan pergelangan tangan, Body Battery untuk melihat tahap tenaga badan, Pulse Ox, tahap stres dan suhu tubuh.

Bila masa untuk push diri dan bila masa untuk slow down?

Untuk mereka yang aktif, CIRQA turut menawarkan lebih daripada sekadar penjejakan aktiviti asas.

Pengguna boleh menjejaki lebih daripada 80 jenis aktiviti, termasuk larian, berjalan kaki dan yoga. Terdapat juga metrik latihan seperti Training Readiness, HRV Status, VO2 Max dan Training Status untuk membantu memahami sejauh mana badan bersedia untuk melakukan latihan intensif.

Selepas bersenam, ciri seperti Workout Benefit dan Recovery Time pula membantu memberikan gambaran tentang kesan sesuatu latihan terhadap badan serta tempoh pemulihan yang diperlukan.

Harga dan Empat Pilihan Warna Untuk Melengkapi Setiap Gaya

Tersedia dalam warna Black, French Gray, Captain Blue dan Mauve, CIRQA Smart Band boleh didapati di Malaysia mulai 21 Ogos 2026 pada harga retail bermula RM899. Aksesori tambahan pula berharga antara RM219 hingga RM269.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down