Dalam dunia kecantikan yang sentiasa bergerak pantas dengan pelancaran produk baharu hampir setiap minggu, pasti ada satu produk yang kekal menjadi pilihan utama. Produk yang bukan sekadar pelengkap rutin, tetapi sudah menjadi staple dan sukar diganti. Kali ini, team ELLE berkongsi satu produk kecantikan yang mereka sendiri tidak akan skip! Daripada blush yang memberi seri semula jadi hingga eyebrow liner yang menjadi penyelamat setiap hari.

Sarah Hani Jamil (Ketua Pengarang)
Bagi Sarah, pilihan produk yang sukar untuk diganti ialah Gucci Beauty Glow Blush. Pemerah pipi ini hadir dengan enam pilihan variasi kod yang berbeza bersama formula lembut yang mudah diratakan pada kulit, pemerah pipi ini memberikan rona yang segar pada muka secara instant. Tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan produk orang ramai terutamanya Ketua Pengarang kita ini!
Amira Azman (Pengarah Kecantikan)
Bagi Amira pula, Anastasia Beverly Hills Lip Liner dalam rona 'Hazelnut' adalah pilihan yang sentiasa ada. “Almost on my third repurchase already!” katanya. Dengan tekstur yang creamy dan tahan lama, lip liner ini membantu membentuk bibir dengan lebih kemas sambil memberikan asas warna yang sempurna untuk digandingkan bersama gincu kegemaran.
Iera Nadzlim (Pengarah Kreatif)

Buat Iera, produk yang sentiasa menjadi pilihan harian ialah Rare Beauty Soft Pinch Tinted Lip Oil dalam kod 'Delight'. Produk bibir ini menggabungkan tekstur ringan dengan kemasan sinar yang memberi sentuhan warna lembut pada bibir. Formulanya juga selesa dipakai sepanjang hari, menjadikannya pilihan ideal untuk penampilan effortless tetapi tetap menyerlah.
Sri Azni (Pengarah Digital)
"Eyebrow pencils, gotta have your eyebrows on point always!" katanya ringkas. Pilihan Sri jatuh kepada Shu Uemura Brow Sword Naginata Eyebrow Pencil, produk ikonik yang membantu membentuk kening dengan lebih tepat dan kemas. Kerana bagi sesetengah orang, kening yang on point adalah asas kepada keseluruhan look.
Athirah Zahra (Penulis Fesyen)
Sentuhan terakhir yang Athirah tidak pernah tinggalkan ialah Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spray. Diformulasikan untuk mengunci solekan anda sehingga 16jam, setting spray ini membantu memastikan solekan kekal segar. Hasil akhirnya juga memberi efek kemasan kulit yang lebih licin dan flawless sepanjang hari.
Trend datang dan pergi, tetapi produk kegemaran selalunya kekal di tempat yang sama. Kini giliran kamu pula untuk berkongsi. Apa satu produk kecantikan yang kamu tak boleh hidup tanpanya?





