Terilham daripada daripada penciptaan ikonik Longines di era 1920-an, koleksi Longines DolceVita menemukan hayat barunya lewat keterampilan bekas yang datang dengan pendekatan baru. Lebih elegan dengan peson tiga warna berbeza yang menghangatkan landskap dunia arloji tahun ini.
Berteraskan legasi unik ini juga koleksi ini bertumbuh sebagai penciptaan yang lebih timeless. Ekspresi gaya menjadi fokus kali ini dengan penghasilan yang lebih kontemporari. Apa yang ditawarkan adalah sesuatu yang cukup klasik dengan gaya yang tak lekang dek waktu.
Tiga rona baru Longines DolceVita disepadukan dengan tali kulit yang lebih memikat — biru gelap, hijau serta merah membentuk palet warna hangat yang membangkitkan keindahan landskap dan cahaya Mediterranean. Setiap tali dilengkapi dengan cangkuk yang membolehkan anda memperbaharui penampilan jam tangan mengikut gaya peribadi.
Sementara itu, model keempat hadir dengan dail perak yang dipadankan bersama gelang keluli tahan karat yang dilengkapi kancing keselamatan lipat tiga. Rekaan ini menawarkan estetika sofistikated yang sama, namun dengan sentuhan versatil yang sesuai digayakan dalam pelbagai situasi seharian.
