Langgan

Trending! Solekan Mata Biru Kembali Dominasi Tahun 2026

Berani, segar dan penuh karakter!
2 minit untuk membaca
Published: June 8, 2026

Forget neutrals for a second. Solekan pembayang mata berwarna biru kembali menjadi perhatian dalam dunia kecantikan 2026. Selepas beberapa tahun trend solekan clean girl mendominasi, gaya ini hadir dengan pendekatan yang lebih berani dan ekspresif. Ramai kini mula beralih kepada rona yang lebih menyerlah untuk memberikan dimensi baharu kepada solekan harian.

Pembayang mata biru suatu ketika dahulu sering dikaitkan dengan gaya era 80-an dan Y2K. Kini, ia kembali dengan sentuhan moden yang lebih mudah digayakan. Rona biru tidak lagi kelihatan keterlaluan seperti dahulu, sebaliknya tampil lebih sofistikated, segar dan versatil.

1. Zendaya di Premier 'The Drama'

Sebagai antara IT-girl paling berpengaruh masa kini, Zendaya membuktikan bahawa warna biru boleh kelihatan anggun di karpet merah. Aktres itu mencuri perhatian apabila menggayakan adi busana Schiaparelli Koleksi Musim Bunga/Panas 2026 yang dipadankan dengan solekan mata rona biru elektrik. Penampilan tersebut memberikan sentuhan segar dan moden, sekali gus menepis tanggapan bahawa pembayang mata biru sudah ketinggalan zaman.

Zendaya mengenakan Schiaparelli di premier 'The Drama' (Sumber : ELLE Australia)

2. Hunter Schafer di Met Gala 2026

Met Gala yang berlangsung baru-baru ini turut menyaksikan bagaimana Hunter Schafer membawa trend ini ke tahap yang lebih tinggi. Schafer memukau peminat fesyen menerusi solekan mata biru yang kelihatan artistik, konseptual dan futuristik. Penampilannya menjadi bukti bahawa pembayang mata biru bukan sekadar elemen solekan biasa, tetapi juga satu bentuk ekspresi seni.

solekan mata biru hunter Schafer
Hunter Schafer di Met Gala 2026 (Sumber : ELLE USA)

3. Zara Larsson

Solekan yang digayakan oleh Zara Larsson pula membuktikan betapa kuatnya impak pembayang mata biru dalam sesuatu penampilan. Pilihan rona biru metalik yang berani memberikan sentuhan futuristik dan sedikit rebellious, menjadikan mata sebagai fokus utama keseluruhan gaya. Walaupun hanya menggunakan satu elemen warna yang dominan, ia cukup untuk mengubah mood dan karakter sesebuah penampilan.

Kesimpulannya, blue eyeshadow is back! Sudah tiba masanya untuk mengemas kini koleksi solekan dan mula bereksperimen dengan warna paling hangat musim ini. Daripada rona biru pastel yang lembut hinggalah biru elektrik yang lebih berani, trend ini membuktikan bahawa warna biru kembali menjadi pilihan utama dalam dunia kecantikan 2026.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down