
Garmin membawa Garmin Run Marathon Series ke tahap paling besar dalam sejarahnya daripada sebuah siri larian Asia, kini berkembang menjadi gerakan global merentas 13 bandar utama dunia. Dengan tema ikonik “From Zero to Hero”, Garmin mengajak lebih 120,000 pelari dari seluruh dunia untuk berkumpul, bergerak dan membuktikan satu perkara — bahawa setiap orang bermula dari sifar, tetapi tidak semua kekal di situ.
Di Malaysia, momen ini akan berlangsung pada 1 November 2026 di hadapan Mahkamah Syariah, Putrajaya. Sama ada anda pelari pertama kali yang masih mencari keyakinan, atau pelari berpengalaman yang mengejar PB (personal best) baharu, Garmin Run Marathon Series 2026 direka untuk semua. Setiap kategori, setiap kilometer, setiap nafas.
Di sebalik garisan permulaan itu, Garmin turut membina satu ekosistem latihan melalui Garmin Run Club (GRC). Sesi latihan setiap Selasa di Sky Field dan TAR UMT Arena bukan sekadar latihan fizikal, tetapi ruang membina disiplin, konsistensi dan komuniti. Menjelang Julai hingga Oktober, latihan akan diperhebatkan kepada dua kali seminggu.
Kategori & Harga Pendaftaran
10KM
- Flash Sale: RM75
- Early Bird: RM95
- Normal: RM105
- Eksklusif Public Bank Visa: Diskaun 5% dari harga Flash Sale
21KM
- Flash Sale: RM95
- Early Bird: RM115
- Normal: RM125
- Eksklusif Public Bank Visa: Diskaun 5% dari harga Flash Sale
Tarikh Pendaftaran
- Eksklusif Public Bank Visa
25 Mei (2:00 PM) – 26 Mei 2026 (1:59 PM) - Flash Sale (Awam)
26 Mei (2:00 PM) – 29 Mei 2026 (5:59 PM) - Early Bird
29 Mei – 30 Jun 2026 - Normal Sale
1 Julai – 30 September 2026
Nota Penting
- Yuran tidak termasuk Insurans Kemalangan Diri Berkumpulan (RM4/pax) dan caj penghantaran.
- Slot adalah terhad dan tertakluk kepada ketersediaan.

