Langgan

Kebangkitan Jenama Mikro Dunia Arloji

Gerakan baru rumah arloji bebas membentuk satu landskap baru yang mengujakan.
2 minit untuk membaca
Published: May 20, 2026

 

Menelusuri makna independent dalam gerakan penciptaan jam tangan dapat dilihat daripada pertumbuhan pesat pemain baru dunia arloji yang mencabar keberadaan jenama ulung sedia ada. Banyak yang bermula dalam radar kecil awalnya, hari ini gah menjadi sebagai jenama yang memiliki estetika rekaan yang lebih dekat dengan generasi baru.

Apa yang terhasil adalah sebuah inovasi menjadikan mereka sebagai jenama mikro yang diperhatikan. Penyatuan teknologi, estetika seni rekaan dan kepekaan pada sebuah kehendak pengguna bergerak seiring dan berevolusi. Impak dicipta dengan menawarkan sesuatu yang mungkin belum diteroka atau diketengahkan kebanyakan rumah prestij arloji di arus perdana. 

Gerakan baru era milenium dengan kemunculan jenama indie Swiss seperti Christopher Ward dan Kari Voutilainen antaranya mencipta satu gerakan baru dunia arloji yang memberi tidak hanya pilihan tetapi angin baru yang melepaskan sebuah sudut pandang berbeza. 

Kebangkitan Penciptaan

Tidak terikat pada  ilham konvensional, jenama-jenama baru bertumbuh ini menemukan formula baru dalam menjerat fokus pencinta jam tangan dengan rekaan serba unik dan radikal. CIGA Design diperkenalkan pada tahun 2013 mendapat pengiktirafan Red Dot Design Award pada tahun 2017 dengan penciptaan CIGA Design Skeleton Mechanical Watch dan CIGA Design 009 Series. 

Kemudian ia bertumbuh sebagai jenama yang semakin ‘digeruni’ jenama gergasi ketika mendapat pengiktirafan Grand Prix d’Horlogerie de Genève (GPHG) bagi penciptaan Blue Planet. Kemenangan ini menjadi bukti biar bermula dalam skala yang cukup kecil, jenama jam tangan yang berasal dari China ini mampu melangkah seiring penciptaan pemain industri yang lebih berpengalaman.

 

Peralihan Konsumer

Jenama microbrand, BREDA yang mula diperkenalkan pada tahun 2009 mencuri perhatian pengguna baru jam tangan kerana evolusi rekaannya yang cukup kasual dan feminin. Jenama asal Texas ini mencuri perhatian dengan koleksi Pulse dan Jane yang dilaporkan meningkat penjualannya atas perhatian generasi TikTok ketika era covid. Kunci kejayaannya ada pada harga mampu milik, rekaan moden dan akses mudah memilikinya. 

Peralihan konsumer ini memperlihatkan kelompok baru pengumpul jam tangan yang memiliki cita rasa tersendiri. Banyak jenama baru bertumbuh hari ini tampil dengan rekaan quirky ke avant-garde dan tidak kurang juga pada masa yang sama datang dengan mekanisme baru. Di sini teknologi menjadi paksi penciptaan dan kepakaran diambil alih teknologi yang sentiasa berevolusi.

Namun ada perbahasan tentang bagaimana teknologi mengambil alih kepakaran pertukangan mengganggu keaslian penciptaan. Perdebatan tentang ketelitian, ketepatan dan kejituan dipersoalkan. Namun jenama seperti Alexander Shorokhoff (Jerman), Beaubleu (Perancis), Lorca (Amerika Syarikat) dan KUOE (Jepun) utuh pada penghasilan kraf konvensional yang mementingkan perincian dan ketepatan. 

Meneliti perkembangan ini pengamat dunia horologi membahagikan dua segmen microbrand jam tangan daripada mid-range sehingga high-end. Namun apa yang membezakan hal ini? Pertama jenama higher-end dilihat bereksperimen dengan material dan kemasan yang menggunakan tenaga pakar pertukangan. Namun masih jauh kualitinya dengan kualiti Haute Horologie daripada jenama arus perdana.

Potensi besar dapat dilihat dan seiring perkembangan teknologi yang mampu menyatu dengan tenaga pakar mampu menghasilkan sesuatu yang lebih lestari sifatnya. Ini menciptakan satu koleksi hibrid yang menawarkan keseimbangan antara penciptaan moden dan konvensional. Kelebihan yang ada pada penyatuan dua mekanisme ini menciptakan fleksibiliti. Rekaan yang moden meliputi kepenggunaan yang diperlukan pengguna.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down