
Berlangsung dari 6 Mei sehingga 31 Mei, KL Festival 2026 mengubah suai pusat bandar Kuala Lumpur menjadi hub budaya di mana lebih 80 acara dan instalasi berlangsung. Merangkumi segalanya daripada seni, muzik, teater dan aktiviti kemasyarakatan, acara-acara ini meraikan kekayaan budaya di Kuala Lumpur.
1. I Can't See Myself In This Landscape

Bertempat di Taman Botani Perdana, acara ini bukan hanya perjalanan melintasi taman itu tapi sebuah pengalaman penuh yang diperkaya dengan penceritaan audio melalui headphones. Sepanjang perjalanan seberang taman itu, bunyi, suara dan serpihan naratif akan membentuk persepsi sekeliling anda. Acara ini berlangsung sepanjang KL Festival dan kemasukan adalah percuma!
2. Museum of Disappearance

Lihat dan hadam koleksi karya seni di sekitar Petaling Street oleh seniman misteri, OOOH. Koleksi seni ini bertemakan perubahan zaman sekarang dan memberi kesedaran tentang kepentingan memori dan sejarah tempatan. Untuk melihat 25 karya seni ini, anda perlu meneroka keseluruhan Petaling Street kerana lokasi spesifik tidak diberikan. Tapi jangan risau, kerana instalasi ini akan berlangsung sepanjang 6 sehingga 31 Mei, memberi masa yang panjang untuk meneroka.
3. Tumpang Lalu: Speculative Stories of KL

Tumpang Lalu mengambil perincian pada persekitaran Kuala Lumpur seperti arca kecil, kedai bunga, kain bewarna-warni dan banyak lagi, lalu menghasilkan tiga cerita yang saling berkait rapat, lalu dipersembahkan melalui audio. Ditemani audio ini peserta boleh menjelajah sepanjang Bangunan Sultan Abdul Samad, Medan Pasar, Kota Raya, Petaling Street dan Pasar Seni, melihat latar belakang cerita yang didengari dalam masa yang nyata.
4. Irama Pusaka

Pada 8 dan 9 Mei anda boleh mengalami persembahan muzikal berskala besar yang menggabungkan pelbagai tradisi dan budaya. Nantikan lanskap bunyi berlapis melibatkan alat muzik dari budaya Melayu, Cina, India dan Borneo serta susunan okestral, menghasilkan bunyi unik yang melambangkan keharmonian budaya di Malaysia.
5. Ruang Antara Mimpi

Di bandar yang setiasa bergerak dan dipenuhi tekanan urban seperti Kuala Lumpur, mimpi menjadi tempat percutian semasa beristirahat. Bertempat di The Bamboo Playhouse, di Taman Botani Perdana pada 16 dan 17 Mei, Ruang Antara Mimpi adalah pengalaman bunyi dan video yang menterjemah 24 mimpi daripada warga KL menjadi ruangan instalasi. Pada ruang terakhir anda juga boleh menyumbang mimpi tersendiri menjadikan instalasi itu sebagai arkib mimpi warga KL.
6. Klang River Feels: Detik-Detik Harian

Bermula di Bangunan Sultan Abdul Samad, Klang River Feels: Detik-Detik Harian adalah acara perjalanan berpandu yang berpaksikan Sungai Klang. Sepanjang perjalanan anda akan mempelajari kepentingan Sungai Klang daripada sejarahnya dalam sektor ekonomi dan pengangkutan sehingga menjadi tempat perlupusan sampah dan kini sering dilupakan. Acara ini berlangsung pada 10 dan 17 Mei dan memberi pemghormatan kepada mercu tanda penting di KL.
7. Secret Trees of KL

Pokok-pokok di sekitar Chinatown Kuala Lumpur bukan sekadar pokok, setiap satu mempunyai latar belakang dan cerita tersendiri. Ada yang ditanam, ada yang tumbuh sendiri. Ada yang dihargai dan disembah, kini diabaikan. Terdapat juga pokok asli dari Malaysia dan ada juga dari hujung benua. Pokok-pokok di Chinatown memberi perspektif unik kepada sejarah dan budaya Kuala Lumpur. Bermula dari MRT Pasar Seni, anda boleh bertemu dengan pokok-pokok bersejarah ini pada 7, 9, 28 dan 30 Mei.
8. Warung TERANG

Warung TERANG oleh kolektif seni Filamen, menjadikan pusat bandar KL sebagai kanvas terbuka melalui berberapa siri laneway projection. Acara ini juga menampilkan pertandingan serantau, bengkel seniman, serta sesi perkongsian, kesemuanya membawa golongan kreatif, pelajar dan orang awam. Berlangsung pada 8 ke 10 Mei dan 15 ke 17 Mei, acara ini bertempat di berberapa zon. Zon 1: River of Life, Zon 2: Muzium Telekom dan High Street Studios dan Zon 3: Pucks, Jalan Sang Guna dan Else.
9. Origin Of A Tale

'Origin of a Tale' ialah persembahan teater boneka kontemporari yang menggabungkan tarian, bunyi dan seni tanah liat dalam satu pengalaman puitis. Para pelakon mencipta bentuk secara langsung, daripada haiwan hingga manusia bagi menghidupkan fabel dan asal-usul penceritaan. Karya ini membawa penonton merentas masa, menyelami dunia sebelum kata-kata dan sempadan wujud, dan akan dipentaskan pada 30 dan 31 Mei 2026.

