Langgan

Gaya Yang Menjadi Tumpuan Di Met Gala 2026 

Daripada gaun penuh warna bak lukisan hidup yang membaluti tubuh Emma Chamberlain hingga ke dress yang meniupkan buih-buih yang digayakan oleh Eileen Gu, ini adalah senarai best dressed pilihan ELLE.
2 minit untuk membaca
Published: May 6, 2026

Malam terbesar dunia fesyen telah melabuhkan tirainya, membuka ruang untuk kita meneliti setiap gaya. Bintang-bintang yang melangkah menaiki tangga ikonik Metropolitan Museum of Art di New York City menjadi tumpuan, pastinya mencuri perhatian setiap mata yang memandang.

Dengan kod pakaian ‘Fashion is Art’, penggemar fesyen pastinya meletakkan harapan yang tinggi terhadap setiap gaya yang dipersembahkan. Tema ini membuka ruang kebebasan berkarya tanpa batas, menyatukan dunia fesyen dan seni dalam satu naratif yang kreatif dan penuh imaginasi.

Daripada rujukan lukisan klasik, arca bersejarah hinggalah ke ekspresi kontemporari yang diinspirasikan filem serta seni moden, setiap penampilan merupakan kanvas hidup. Setiap rekaan diolah dengan teliti, mengharmonikan elemen asas fesyen dan seni. Sama ada melalui siluet yang dramatik, fabrik yang berstruktur, permainan warna yang berani, tekstur yang memikat ataupun perincian halus yang menjadi titik fokus keseluruhan gaya.

Tidak mengejutkan, ada juga yang benar-benar menghayati tema pameran musim bunga Costume Institute bertajuk ‘Costume Art’ yang meneroka hubungan antara pakaian, tubuh badan dan seni. Sebagai contoh, Heidi Klum tampil dengan transformasi dramatik seperti patung arca zaman Rom. Ia diinspirasikan daripada karya klasik seperti Veiled Christ oleh Giuseppe Sanmartino serta Veiled Vestal oleh Raffaele Monti. Adakah ia menarik? Ya. Tetapi adakah ia benar-benar meneroka fesyen sebagai seni? Tidak sepenuhnya.

Penampilan Kendall Jenner turut mengambil inspirasi daripada seni arca Winged Victory of Samothrace. Pereka Zac Posen berjaya mentafsirnya menjadi sebuah karya seni moden yang boleh dipakai, bersama lilitan dan jatuhan fabrik lembut, serta siluet yang benar-benar ethereal dan goddess-like. Menariknya, ia juga lengkap dengan elemen sayap besar sebagai kejutan istimewa.

Senarai tetamu yang lain turut mencuri perhatian kami, dengan kemunculan semula Beyoncé sebagai co-chair Met Gala selepas sedekad, serta debut Jisoo. Kemunculan ahli BLACKPINK ini turut menandakan buat pertama kalinya keempat-empat ahli hadir sekaligus ke malam fesyen ini (& we love it so much)! Karina daripada aespa turut membuat kemunculan pertama di Met Gala, diikuti oleh Ningning yang turut hadir.

Para tetamu hadir dengan pelbagai interpretasi gaya. Ada yang sedikit mengecewakan, ada juga yang benar-benar memberikan wow factor. Namun tidak dinafikan, malam tersebut dipenuhi dengan momen fesyen yang memikat. Keep scrolling dan terokai gaya pilihan ELLE di Met Gala tahun ini. 

Emma Chamberlain

Emma Chamberlain menggayakan Mugler.

Kylie Jenner

Kylie Jenner menggayakan Schiaparelli.

Beyoncé and Blue Ivy Carter

Beyoncé menggayakan Olivier Rousteing dan Blue Ivy Carter menggayakan Balenciaga dam Henry & Henry.

Sabrina Carpenter

Sabrina Carpenter

Sabrina Carpenter menggayakan Dior.

Hunter Schafer

Hunter Schafer

Hunter Schafer menggayakan Prada.

Eileen Gu

Eileen Gu menggayakan Iris Van Herpen.

Rachel Zagler

Rachel Zagler menggayakan Prabal Gurung.

Sabine Getty

Sabine Getty

Sabine Getty menggayakan Ashi Studio.

Yu-Chi Lyra Kuo

Yu-Chi Lyra Kuo menggayakan Jean Paul Gaultier.

Cara Delevigne

Cara Delevinge menggayakan Ralph Lauren.

Sarah Paulson

Sarah Paulson menggayakan Matières Fécales.

Audrey Nuna

Audrey Nuna menggayakan Robert Wun.

Jisoo

Jisoo

Jisoo menggayakan Dior.

Ningning

Ningning

Ningning menggayakan Gucci.

Rihanna and A$AP Rocky

Met Gala 2026

Rihanna menggayakan Maison Margiela dan A$AP Rocky menggayakan Chanel.

Chase Infiniti

Met Gala 2026

Chase Infiniti menggayakan Thom Browne.

Anok Yai

Met Gala 2026

Anok Yai menggayakan Balenciaga.

That's all.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down