Langgan

7 Haruman Lelaki Pilihan ELLE Untuk Si Dia

Sakti dalam aura seorang lelaki adalah haruman yang mampu mentafsir identiti sebenar mereka.
Oleh | TERJEMAHAN Hafizan Mohd
2 minit untuk membaca
Published: August 9, 2024

Haruman menjadi daya tarikan utama setiap lelaki hari ini. Dengan pelbagai pilihan jenama serta esen yang disatukan daripada bahan yang pelbagai - menciptakan satu identiti bagi setiap pemakainya.

The Boy Next Door

REPLICA Sailing Day Eau de Toilette, 100ml

The boy next door menjadi dambaan kebanyakan gadis-gadis muda. Jejaka di kelompok ini cukup mudah mencuri tumpuan dengan pesona semulajadi yang ada pada mereka. Sentiasa tampil kemas dan segar menggoda penuh ramah setiap yang memandang.

The Distant Poet

Oudgasm Café Oud | 19 Eau De Parfum Intense, 50ml

Mewakili jejak yang banyak menghabiskan masa di perustakaan membaca novel-nevel klasik dan menghabiskan masanya menonton teater. Intelektualiti nya begitu digeruni lelaki lainnya dan mengikat pandangan setiap wanita yang memandang. Misteri dan pendiam.

The Ice King

Gris Dior Unisex Eau de Parfum, DIOR BEAUTY.

Auranya tidak mampu disangkal. Setiap yang memandang akan terpaut pesona pandang pertama. Tajam dan mencuri perhatian - The ice king adalah persona yang memiliki ciri-ciri lelaki yang sentiasa yakin dan berani. Citrus dan floral disatukan menjadikan karakter The Ice King begitu menyerlah.

The Hedge Fund Baby

Legend Eau de Parfum 

Kemas dengan gaya sut yang melekat di badan sesegaknya menjadi pentafsiran the hedge fund baby! Karier menjadi keutamann, ketajaman fikiran dan peka dengan persekitara menjadi alasan utama lelaki dalam kategori ini menjadi dambaan.

The Pretty Prince

Sexy, cute, and popular! The Pretty Prince tidak perlu berusaha memikat banyak mata melirik padanya. Gayanya sentiasa on point dan senyumannya sentiasa membuat yang memandang terikat dan jatuh cinta. Gabungan citrus dan buah-buahan menghasilkan sesuatu yang manis mampu menjadi pentafsiran terbaik The Pretty Prince!

The Wallflower

Sifatnya yang pendiam dan suka menyendiri menjadikan the wallflower penuh misteri. Minatnya terhadap seni, sastera dan kembara sendirian menjadikan the wallflower memiliki pesona yang tersendiri. Tidak mempedulikan apa yang heboh di sekitarnya, lelaki di kategori ini memiliki sifat yang tenang dan cukup menghormati orang sekeliling.

The Nepo Baby

Vanille Antique Extrait de Parfum, BYREDO.

Pesona mewah dengan sifat yang egoistik serta bebas dalam bersuara menjadikan The Nepo Baby digeruni ramai orang. Jet setter ini akan tidak akan kekal di satu-satu tempat. Mereka akan sentiasa berkelan di destinasi berbeza dalam masa yang cukup singkat. Dominan dengan percikan vanilla yang sentiasa melekat di tubuhnya.

Artikel asal ELLE Singapore.

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down