Langgan

Kemeriahan Rimbun Raya Di The Exchange TRX!

Menghidupkan tradisi, menyatukan komuniti
2 minit untuk membaca
Published: March 24, 2026

Selepas sebulan menjalani ibadah puasa, ketibaan Syawal disambut dengan penuh kegembiraan, tradisi dan kebersamaan. Tahun ini, sambutan tersebut tampil dalam nafas yang lebih segar dan moden menerusi kempen Rimbun Raya di The Exchange TRX. Kempen ini berlangsung dari 27 Februari hingga 5 April 2026. Dengan dekorasi yang memukau serta pelbagai pengalaman runcit dan budaya, lokasi ikonik ini muncul sebagai antara destinasi Hari Raya paling menarik di ibu kota.

Sentuhan yang Meraikan Tetamu

Hari Raya sering dikaitkan dengan tradisi kunjung-mengunjung, menjadikan suasana rumah sebagai elemen penting dalam menyambut tetamu. Untuk sentuhan elegan di ruang kediaman, kunjungi Rituals di lot L1.35A yang menampilkan koleksi wangian rumah Private Collection, termasuk haruman Hibiscus Dream. Haruman ini bukan sahaja menghidupkan suasana yang hangat, malah mencipta impresi pertama yang memikat sebaik sahaja tetamu melangkah masuk.

Keselesaan Kediaman, Keselesaan Tetamu

Selain ruang tamu dan ruang makan, keselesaan bilik tidur juga sering diberi perhatian ketika musim perayaan. Hal ini penting bagi keluarga yang menerima kunjungan sanak saudara dari luar kawasan.

Koleksi peralatan tempat tidur daripada Kapas Living di lot GS.17.0 menampilkan fabrik yang ringan dan bernafas sesuai dengan iklim tropika di Malaysia. Ia membantu memastikan tetamu dapat berehat dengan selesa sepanjang tempoh kunjungan. Secara tidak langsung, pengalaman bermalam di rumah tuan rumah menjadi lebih menyenangkan.

Penjagaan Diri Kekal Diberi Perhatian

Walaupun fokus utama Syawal adalah pada kunjungan dan jamuan, penjagaan diri tetap menjadi keutamaan bagi ramai. Jenama penjagaan kulit Grown Alchemist di lot GS.OS.06 pula menawarkan rangkaian produk yang menumpukan kepada pemulihan dan keseimbangan kulit. Membantu individu tampil lebih segar dan yakin ketika beraya serta bertemu sanak saudara.

Pendekatan ini selari dengan perubahan gaya hidup moden, di mana persiapan Hari Raya bukan sahaja tertumpu kepada pakaian dan rumah tetapi juga kepada kesejahteraan diri secara keseluruhan.

Seni Tempatan Dalam Suasana Perayaan

Salah satu aspek yang membezakan Rimbun Raya di The Exchange TRX daripada kempen perayaan lain ialah komitmennya terhadap komuniti dan warisan tempatan. Melalui kerjasama CSR bersama Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia, pelbagai hasil seni jahitan dan kraftangan tempatan dipamerkan dalam pop-up khas di Central Exchange.

Inisiatif ini bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung untuk membeli produk unik buatan tangan. Ia turut membantu memperkasakan komuniti penggiat seni tempatan dengan menyediakan platform lebih luas untuk mempamerkan bakat mereka.

Selain itu, pop-up daripada Puras serta rangkaian produk kecantikan di bawah L'Oréal menambahkan lagi variasi pengalaman membeli-belah sepanjang musim perayaan.

Ganjaran Istimewa Sepanjang Musim Raya

Bagi memeriahkan lagi suasana perayaan, The Exchange TRX turut menyediakan ganjaran eksklusif kepada pengunjung yang berbelanja sepanjang kempen Rimbun Raya. Dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam satu resit, pengunjung boleh menebus Rimbun Raya Packet. Perbelanjaan RM3,000 dalam dua resit pula melayakkan mereka menebus Festive Afternoon Tea Stand eksklusif.

Set hadiah premium daripada Puras yang sebelum ini ditawarkan sebagai ganjaran utama kini telah habis ditebus sepenuhnya, mencerminkan sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengunjung sepanjang kempen berlangsung.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down