Langgan

Seleksi Gastronomi Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

Raikan perayaan tahun ini dengan koleksi makanan & minuman yang eksklusif!
2 minit untuk membaca
Published: February 16, 2026

Tahun Baru Cina sentiasa dikaitkan dengan simbol kemakmuran, kebersamaan dan permulaan baru. Sempena musim perayaan tahun ini, beberapa jenama premium dan hospitaliti memperkenalkan koleksi gastronomi khas yang bukan sahaja meraikan tradisi malah membawa sentuhan moden dalam pengalaman menjamu selera dan pemberian hadiah. Dengan koleksi kopi mewah, teh premium dan pengalaman makanan yang elegan, setiap satunya direka untuk mencipta detik bermakna bersama insan tersayang.

Bacha Coffee 

Sempena Tahun Baru Cina, Bacha Coffee memperkenalkan Lunar New Year Hamper Collection yang meraikan semangat keharmonian. Koleksi ini menampilkan empat hamper eksklusif yang disusun dengan penuh ketelitian iaitu Fortune, Properity, Abundance dan Golden.

Setiap hamper menggabungkan kopi specialty 100% Arabika, hidangan artisan serta aksesori elegan. Berinspirasikan seni pemberian hadiah dan warisan pembuatan kopi berabad lamanya, koleksi ini sesuai dijadikan hadiah premium atau dinikmati bersama keluarga ketika musim perayaan.

Abundance Hamper

TWG Tea

TWG Tea menyambut Tahun Baru Cina dengan dua pilihan teh premium yang membawa konsep keseimbangan kontras:

  • Spirit in Motion — Red Horse Tea: Campuran teh berkarakter bold yang melambangkan kekuatan tenaga dan pembaharuan.


  • Grace in Motion — Yunnan Golden Needles: Teh single-estate yang halus dan lembut, mewakili ketenangan serta kemurnian.

Gabungan ini memberi penghormatan kepada keseimbangan yin dan yang, menjadikan pengalaman minum teh lebih bermakna sepanjang musim perayaan.

Nespresso 

Dengan bertemakan With Love, Nespresso memperkenalkan koleksi Tahun Baru Cina dengan inspirasi Tahun Kuda. Sebuah simbol tenaga, kemajuan dan pembaharuan. Koleksi ini menampilkan warna perayaan, rasa kopi indulgent dan rekaan yang menyatukan elemen fungsi harian dengan estetika perayaan.

Kembali untuk musim perayaan kali ini ialah Pistachio Vanilla Flavour Over Ice, kegemaran ramai yang diinspirasikan oleh kacang pistasio (kāi xīn guǒ) atau 'happynut' yang melambangkan kegembiraan dan keberuntungan.

Shangri-La Kuala Lumpur 

"Galloping into Prosperity" tawaran sambutan Tahun Baru Cina di Shangri-La Kuala Lumpur yang penuh warna, kegembiraan dan harapan baru.

Hotel ini menawarkan pengalaman perayaan lengkap termasuk

  • Penginapan festive yang menyegarkan
  • Hidangan Tahun Baru Cina yang bertuah
  • Koleksi hadiah elegan

Semuanya direka untuk mencipta kenangan manis sepanjang musim perayaan di tengah kota Kuala Lumpur.

The RuMa 

The RuMa menampilkan Chinese New Year Set Menus yang diinspirasikan daripada hidangan tradisional Cina, namun diolah semula secara moden oleh Executive Cef Suhalmi bersama Virtue TCM.

Menu yang dihidangkan menggabungkan herba terpilih yang terkenal dengan manfaat pemulihan kesihatan, selaras dengan prinsip perubatan tradisional Cina. Hasilnya adalah pengalaman gastronomi yang mengimbangi rasa dan tradisi.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down