Langgan

Valentine's Special - Best Couple on Screen

Best TV Couple!
2 minit untuk membaca
Published: February 11, 2026

Beberapa tahun kebelakangan ini, bertumbuh bakat-bakat baru yang sebahagiannya hari ini sudah menemukan momen besar mereka dalam bidang showbiz. Bermula dengan siri televisyen bakat-bakat ini mekar sebagai bintang filem blockbuster.

Melewati semua siri televisyen yang memberi impak pada penonton yang larut dengan percintaan lewat cereka yang ditulis, ELLE Malaysia mengumpulkan best couple on screen sehingga hari ini.

PAUL MESCAL & DAISY EDGAR-JONES (NORMAL PEOPLE)
Normal People memperkenal Paul Mescal bersama Daisy Edgar-Jones sebagai bakat pelapis ketika awal ia ditayangkan sekitar tahun 2020. Adaptasi novel Sally Rooney ini datang dengan idea cinta tulus berhujung tragis. Chemistry yang ada pada kedua-dua bakat ini dalam menyempurnakan watak Connell dan Marianne mentafsir perwatakan yang ditulis secukupnya.

AMBIKA MOD & LEO WOODALL (ONE DAY)
Menghidupkan kembali naskhah klasik tulisan David Nicholls ini sebagai sebuah kelangsungan cinta abadi berganti generasi. Ambika Mod dan Leo Woodall memberi satu definisi baru dalam menghidupkan watak Dexter dan Emma dengan satu intepretasi baru yang lebih segar dan relevan seiring waktu ia ditayangkan.

MEGAN STALTER & WILL SHARPE (TOO MUCH)
Quirky but witty! Lena Dunham menulis kisah cinta yang penuh dengan babak-babak yang cukup realistik. Cerita cinta Jessica dan Felix tidak hanya tentang romantisme tetapi tetapi reality truth dalam sebuah perhubungan yang penuh drama dan turun naiknya. Ia mungkin siri televisyen yang jarang diperkatakan tetapi begitu baik penulisan lakon televisyennya.

ELLE FANNING & NICHOLAS HOULT (THE GREAT)
Satira fiksyen sejarah yang diberi pendekatan moden pada cerita dan perwatakan menjadikan The Great sebagai siri yang cukup fun untuk ditonton. Chaterine dan Peter III lakonan Elle Fanning bersama Nicholas Hoult memerankan perwatakan penuh sengan sinikal dalam persembahan dark comedy.

NICOLA COUGHLAN & LUKE NEWTON (BRIDGERTON MUSIM KE-3)
Musim terbaik menonton Bridgerton adalah ketika ceritanya bertumpu pada hubungan Penelope Featherington dan Colin Bridgerton. Musim ketiga siri yang diadaptasi daripada novel Julia Quinn menampilkan chemistry manis Nicola Coughlan dan Luke Newton dalam satu perhubungan kontras.

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down