Langgan

Malam Gemilang Grammys ke-68

Keraian muzik global.
2 minit untuk membaca
Published: February 3, 2026
Olivian Dean (VALERIE MACON / AFP via Getty Images)

Malam gemilang sambutan muzik - Grammys berlangsung dengan kemeriahan dalam meraikan pemuzik papan atas dunia. Dilihat sebagai penjurian paling seimbang tahun ini, tiada pemenang yang pulang lebih daripada tiga trofi tahun ini. Rata-ratanya berjalan seperti diduga pengamat muzik dunia.

Olivia Dean tahun ini menjadi tumpuan ramai setelah mencipta momen besarnya tahun lalu dengan penghasilan album 'The Art of Loving' yang menampilkan hits seperti 'Man I Need' dan 'So Easy to Fall in Love'. Olivia mengetepikan saingan hebatnya seperti Sombr, The Marias dan Kateye. 

Bad Bunny pulang dengan kejayaan manis Album Terbaik yang sekali gus mencipta sejarah baru Grammys sebagai album bukan berbahasa Inggeris yang memenangi kategori ini. Bad Bunny turut membawa dua lagi trofi kemenangan bagi kategori Best Musica Urbana Album.

Kategori Pop memberi keadilan bagi hampir kesemua nama-nama besar dan meningkat naik. Lady Gaga Pulang dengan trofi Album Pop Terbaik (Vokal), Laufey menerusi album 'A Matter of Time' pulang dengan trofi Album Pop Tradisional Terbaik manakala bakat baru, Lala Young membawa pulang Persembahan Pop Terbaik menerusi hitsnya 'Messy'.

Berikut senarai pemenang Grammys tahun ini.

Album Terbaik
Debi tirar mas fotos – Bad Bunny

Rakaman Terbaik
Luther – Kendrick Lamar & SZA

Lagu Terbaik
Wildflower – Billie Eilish O’Connell & Finneas O’Connell

Artis Baru Terbaik
Olivia Dean

Album Pop Terbaik (Vokal)
Mayhem – Lady Gaga

Album Pop Tradisional Terbaik
A Matter of Time – Laufey

Persembahan Pop Terbaik (Solo)
Messy – Lola Young

Persembahan Pop Terbaik (Duo/Grup)
Defying Gravity – Cynthia Erivo & Ariana Grande

Album R&B Terbaik
Mutt – Leon Thomas

Album Rap Terbaik
GNX – Kendrick Lamar

Album Latin Urban Terbaik
Debi tirar mas fotos – Bad Bunny

Album Dance/Electronic Terbaik
EUSEXUA – FKA twigs

Album Rock Terbaik
Never Enough – Turnstile

Album Country Kontemporari Terbaik
Beautifully Broken – Jelly Roll

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down