Langgan

Kenali Renate Reinsve

Bakat lakonan yang semakin mencuri perhatian
2 minit untuk membaca
Published: January 26, 2026

 Semakin mencuri perhatian dunia perfileman global, aktres Norwegian - Renate Reinvse menjadi antara yang terus bakal bersinar sepanjang tahun ini. Filem 'Sentimental Value' membuka ruang untuk bakatnya benar dikenali dengan lapisan emosi yang dilakonkan lewat watak Nora Borg.

Sebelum 'Sentimental Value' menjengah pasaran global, Renate lebih awal mencuri perhatian moviephile menerusi perwatakan carefree, Julie yang cukup berfenomena. Filem yang turut menyaksikan kolaborasi Renate bersama pengarah Joachim Trier menjadi titik mula bakatnya diterima.

'The Worst Person in the World' menjadi satu gelombang baru perfileman Perancis dengan tema pendewasaan seorang wanita dalam melewati usia mudanya. Filem ini membawa pendekatan cerita tentang pencarian diri dengan lapisan emosi yang berbagai.

Menerusi filem ini juga Renate dinobatkan sebagai Aktres Terbaik di Festival Filem Cannes 2021. Lebih mengukuhkan namanya sebagai aktres tersohor, dia menerima lebih 15 pencalonan global bagi kategori lakonan sahaja. Sejarah tercipta, Renate setelah itu menjadi bualan pengikut filem global.

Dalam satu temu bual bersama The Guardian, dia menjelaskan, “Selepas menghabiskan pelajaran dalam bidang lakonan, saya aktif dalam lokonan teater namun entah bagaimana saya terlibat dalam filem dan televisyen sehingga hari ini." Renate mendapat pendidikan formal bidang lakonan di Trøndelag Teater, Norway.

Tambahnya, pernah satu masa dia membuat keputusan untuk berhenti dalam bidang ini sehingga Joachim (Pengarah filem Sentimental Value) menghubunginya dan menganggap ia satu rentetan baru kerjaya lakonannya.

Antara filem lain lakonan Renate yang harus diberi perhatian jika anda penggemar filem global adalah 'Armand', 'Handling the Undead' dan 'Another End" yang menyaksikan lakonannya bersama aktor prolofi, Gael Garcia Bernal.

Antara projek filem mendatang yang bakal menyaksikan kehebatan lakonannya adalah projek bersama rumah filem A24 berjudul The Backrooms dan Fjord. Terkini, Renate mendapat nominasi pertama Oscars bagi kategori Aktres Terbaik menerusi watak Nora bagi filem 'Sentimental Value'.

Penganugerahan lain dalam bidang lakonan yang diterimanya selain Festival Filem Cannes adalah Astra Awards, Critics Association of Central Florida, European Film Awards dan Palm Springs International Film Festival.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down