Langgan

Ikatan Cinta Longines

Bingkisan Hari Kekasih
1 minit untuk membaca
Published: January 23, 2026

Menjelang Hari Kekasih, Longines mempersembahkan pilihan jam tangan yang disempurnakan dengan sebuah kisah indah . Setiap rekaan menjadi cerminan falsafah pembikin jam Switzerland ini yang sentiasa berpaksi pada keindahan penciptaan seperti cinta yang berkekalan.

Ia dihasilhakan cukup halus yang ditafsir sepenuhnya menerusi koleksi Conquest hingga ke kelembutan feminin PrimaLuna, jam tangan ini meraikan dunia arloji yang cukup bermakna.

Koleksi Conquest

Sambutan Hari Kekasih bukan sahaja meraikan bunga-bunga cinta tetapi juga sebuah ikatan akrab. Rangkaian Longines Conquest menawarkan keanggunan serba mewah yang mengalir daripada satu ikatan intim yang dijalin.

Koleksi ini menggabungkan reka bentuk kontemporari dengan ilham sporty yang bergerak sebagai jam tangan yang memahami bahawa romantisme sejati tidak hanya pada isyarat besar semata namun saktinya ada pada ketelitian pada pemilihan.

Koleksi PrimaLuma

PrimaLuna Yang Romantis

Sejak diperkenalkan pada tahun 2009, koleksi Longines PrimaLuna telah menjadi lambang feminin jenama ini serta meraikan kelangsungan penciptaan detik waktu dan kitaran bulan. Rekaan diramu semula pada tahun ini dipertingkatkan segenap aspek estetika dan asas teknikal koleksi ini.

Pengenalan semula koleksi PrimaLuna tahun ini membawakan jenama Longines kepada variasi baru lebih menawan. Koleksi yang tampil dengan teknik yang dipanggil cloisonné membentu dail mother-of-pearl yang cukup mempesona. Kemasan sunray menjadikan ia lebih istimewa.

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down