
Jika 2025 berakhir dengan rutin yang bercelaru, 2026 adalah tentang reset, recharge dan revamp tenaga harian. Dan tiada cara yang lebih efisien daripada HIIT (High Intensity Interval Training).
Apa itu HIIT?
HIIT adalah bentuk senaman yang menggabungkan letupan intensiti tinggi dalam tempoh singkat diikuti dengan fasa pemulihan pendek. Ia bukan sahaja membakar kalori banyak dalam masa singkat, tetapi juga meningkatkan metabolisme, memacu stamina dan memberi rasa energised sepanjang hari.
Mengapa HIIT?
1. Bertenaga & Efisien
Dalam dunia moden yang pantas, TIADA masa untuk rutin panjang di gim setiap hari. HIIT membantu anda mencapai kesan maksimum dalam 30 minit atau kurang sempurna untuk gaya hidup urban.
2. Cardiovascular + Strength Sekaligus
HIIT bukan sekadar larian laju, gabungan push-ups, jump squats, sprints, burpees dan variasi lain membantu membina ketahanan jantung serta kekuatan badan.
3. Mood Booster & Endorphin Rush
Rasa high selepas workout? Itu endorphin. Ia bukan hanya membantu kesihatan fizikal, tetapi juga menyokong mental well-being, mood positif dan fokus harian.
Panduan Senaman HIIT?
Berikut adalah rutin HIIT yang boleh dilakukan di rumah atau gim. Tiada alat kompleks diperlukan, hanya bodyweight move yang ringkas, tetapi berkesan:
🔥 Warm Up — 5 minit
- High knees
- Arm circles
- Jumping jacks
- Lunges
Tujuan: menaikkan denyutan jantung dan memanaskan otot.
🖤 Rutin Utama — 20 minit
Lakukan setiap pergerakan 30 saat kerja + 15 saat rehat, ulang 3 pusingan:
- Burpees – tenaga penuh dari atas ke bawah
- Mountain Climbers – core + cardio
- Squat Jumps – kekuatan kaki & glutes
- Push-ups – upper body power
- High Knees – cardio intensif
❄️ Cool Down — 5 minit
- Stretch hamstring & quads
- Deep breathing
- Shoulder & neck release
Fokus: pemulihan badan supaya esoknya bukan sakit, tetapi refreshed.
