Langgan

Rakaman Lebih Menarik Bersama DJI Osmo Mobile 8!

Rekaan yang ringkas dan sesuai untuk semua!
Oleh | TERJEMAHAN NurHani Natasha
2 minit untuk membaca
Published: December 11, 2025

DJI terkenal dengan inovasi gimbal telefon pintar yang sentiasa mendahului pesaing. Dengan Osmo Mobile 8, pengalaman merakam video terasa jauh lebih mudah. Ia ringan, boleh dilipat dan direka untuk digunakan tanpa banyak pelarasan. Sistem klip magnetik memudahkan telefon dipasang dengan cepat, jadi anda boleh mula merakam tanpa buang masa.

Penjejakan Pintar yang Lebih Tepat

Salah satu kelebihan paling ketara ialah teknologi penjejakan ActiveTrack 7.0. Untuk pengguna iPhone (iOS 18.5 ke atas), anda boleh merakam wajah, badan, haiwan peliharaan atau objek lain secara automatik. Menariknya, penjejakan ini bukan terhad kepada aplikasi kamera sahaja,  ia turut berfungsi dalam lebih 200 aplikasi iOS termasuk TikTok dan Instagram. Ini menjadikan rakaman vlog, video media sosial atau content harian lebih stabil dan konsisten.

Sokongan Aksesori Untuk Rakaman Lebih Kreatif

Osmo Mobile 8 juga menyokong pelbagai aksesori tambahan seperti DockKit dan modul kamera kecil dengan lampu fill-light. Gabungan ini menjadikan rakaman waktu malam atau suasana rendah cahaya lebih terang dan profesional sesuai untuk content maker yang sering bergerak.

Rakaman Lebih Stabil dan Praktikal

Dalam situasi harian, Osmo Mobile 8 mengurangkan gegaran ketika berjalan, membuat panning atau mengikuti subjek bergerak. Walaupun anda bukan jurugambar profesional, hasilnya tetap kelihatan kemas dan stabil. Ibarat rakaman sinematik tetapi hanya menggunakan telefon pintar.

Gimbal ini boleh dilipat sehingga muat ke dalam beg anda. Ia juga menyala secara automatik apabila dibuka, menjimatkan beberapa saat berharga ketika peluang rakaman datang secara spontan. Rekaan ergonomik satu tangan pula memudahkan kawalan, manakala rod sambungan terbina membolehkan anda merakam dari sudut lebih tinggi atau lebih jauh.

Fungsi Kreatif Untuk Semua Jenis Content

Osmo Mobile 8 dilengkapi ciri seperti:

  • Motion time-lapse
  • Panorama luas
  • Penstabilan rendah cahaya

Gabungan fungsi ini memberi peluang kepada pengguna sama ada beginner atau content creator untuk mencipta video yang lebih profesional tanpa perlu bergantung pada kamera mahal.

Jika anda sedang mencari cara untuk memperbaiki kualiti rakaman telefon tanpa belajar lebih mendalam tentang kamera profesional, DJI Osmo Mobile 8 adalah pilihan yang sangat kukuh. Ia ringkas, stabil, pintar dan paling penting menjadikan rakaman video kembali menyeronokkan.

Article asal daripada Mens Folio Malaysia.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down