Langgan

BYD dan DENZA Mewarnai Desa Park City dengan Festival Light the Change

Memberi pengalaman kelestarian selama sebulan buat pengunjungnya
2 minit untuk membaca
Published: December 8, 2025

Kemeriahan hujung tahun diserikan dengan aktiviti kelestarian dan pembangunan masa depan planet bumi dengan satu festival unik yang menyalakan harapan baharu di The Waterfront @ Desa ParkCity. Festival Light The Change anjuran BYD dan DENZA, dua jenama mobiliti elektrik mewah di bawah payung BYD bukan sekadar pesta bertema cahaya. Ia adalah pengalaman unik yang menggabungkan seni, komuniti dan teknologi untuk membentuk naratif baharu tentang masa depan bumi.

Di tengah-tengah landskap cahaya dan instalasi kreatif, festival ini membawa mesej yang lebih mendalam yakni tanggungjawab menjaga bumi bukan lagi sebuah angan-angan, tetapi sebuah tindakan kolektif yang bermula daripada pilihan harian setiap individu.

Satu Darjah Membina Masa Depan

Menerusi inisiatif global One Degree. One Future., BYD dan DENZA mengajak masyarakat membayangkan dunia di mana suhu bumi berjaya diturunkan sebanyak 1°C. Ia kedengaran seperti usaha kecil namun impaknya sangat besar. Dengan inovasi mobiliti elektrik dan penyelesaian tenaga bersih, BYD telah pun membantu mengurangkan lebih 9.3 juta tan pelepasan CO₂ di peringkat global.

Di Malaysia, kisahnya turut sama mengagumkan. Jualan gabungan BYD dan DENZA mencecah 12,872 unit setakat November 2025 telah menunjukkan peningkatan 76% berbanding tahun sebelumnya. Secara keseluruhan, lebih 25,233 kenderaan elektrik mereka kini berada di jalan raya Malaysia. Ia satu isyarat jelas bahawa rakyat tempatan semakin memilih mobiliti yang lebih bersih dan sedar.

Sumbangan ini diterjemahkan kepada pengurangan 62,191 tan karbon dioksida setiap tahun, bersamaan dengan hampir 2.5 juta pokok ditanam. Angka-angka ini bukan sekadar statistik. Ia adalah refleksi perubahan budaya dan kesedaran generasi baharu.

Apabila Festival Menjadi Kelas Terbuka Tentang Kelestarian

Pengunjung Light The Change tidak hanya hadir untuk menikmati cahaya. Mereka diundang untuk mewarnakan kelestarian secara first-hand melalui aktiviti interaktif, pendidikan dan seni.

Ikrar Tanaman — Simbol Harapan Hijau

Di Zon Greenfield, setiap individu boleh melafazkan ikrar peribadi. Ia bukan di atas kertas kosong, tetapi melalui simbol penanaman pokok.

Penerokaan Mobiliti Elektrik

Di ruang pameran, BYD dan DENZA membuka pintu masa depan. Kenderaan elektrik dengan e-Platform 3.0, sistem pintar dan inovasi bateri yang memimpin industri global. Di sinilah pengunjung belajar bagaimana teknologi boleh menjadi pelindung planet dan bukan ancamannya.

Persembahan Golden Hour

Setiap Jumaat hingga Ahad, festival ini diserikan lagi dengan persembahan seni cahaya eksklusif pada jam 8 malam dan 9 malam. Di saat ini magis dan kreativiti bertemu tenaga semula jadi waktu malam.

Pandu Uji EV – Masa Depan Di Tangan Anda

Dari jam 10 pagi hingga 6 petang, pengunjung boleh merasai pengalaman memandu model terkini BYD dan DENZA. Bagi semua yang hadir, inilah pertemuan pertama dengan mobiliti elektrik.

Seni yang Bernafas: Tree of Life

Di tengah-tengah acara festival, berdiri sebuah instalasi berinspirasikan alam semula jadi, diperbuat daripada bahan kitar semula. Pengunjung boleh meninggalkan mesej harapan pada Tree of Life, menjadikannya arkib kolektif tentang impian kita untuk membina bumi yang lebih baik.

Tarikh Penting Festival

Festival ini berlangsung setiap hari bermula 28 November 2025 hingga 4 Januari 2026 antara 3 petang hingga 11 malam. In menjadikannya destinasi wajib untuk keluarga, pencinta seni dan pencinta bumi

ADVERTISEMENT
Topics: ,
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down