Langgan

Lululemon Raikan Musim Perayaan Dengan Rona Baharu & Kempen “The Gift Is Just the Beginning”

Ia bukan sekadar koleksi hujung tahun. Ia adalah permulaan kepada perjalanan yang lebih aktif, lebih bergaya dan lebih bermakna.
2 minit untuk membaca
Published: November 30, 2025

Musim perayaan sentiasa membawa satu tenaga yang sukar digambarkan — penuh warna, penuh kehangatan dan penuh detik-detik kecil yang menceriakan. Tahun ini, lululemon menyuntik semangat itu ke dalam kempen terbarunya, “The Gift Is Just the Beginning”, sebuah perayaan tentang momen yang mengangkat jiwa serta busana yang mengiringi setiap langkah kita.

Rona Musim Perayaan Untuk Koleksi Ikonik

Musim ini, lululemon memperkenalkan seasonal colorways yang segar seperti Black Plum, Fog Green, dan Indochine Blue yang memberi nafas baharu kepada koleksi kegemaran peminat jenama ini.

Dengan rona berani, tekstur cozy dan rekaan yang menyokong gerakan, lululemon menawarkan koleksi yang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi benar-benar memberi makna.

Gifts for her: Hangat, Selesa dan Bergaya Sepanjang Hari

Koleksi wanita tahun ini meraikan keselesaan dan gaya harian yang ditingkatkan. Dari fleece yang lembut hingga siluet prestasi yang sleek, semuanya direka agar sesuai dipakai ketika meluangkan masa bersama keluarga, bercuti atau menikmati aktiviti musim sejuk.

  • Scuba dalam rona baharu — cozy, effortless dan sentiasa chic.
  • Swiftly Tech Short Sleeve versi perayaan — ringan, breathable dan mudah disuai padan.

Setiap rekaan membawa aura “holiday-ready” tanpa perlu usaha berlebihan.

Aksesori Pilihan: Cozy, Chic dan Sedikit Kemewahan Harian

Tidak lengkap perayaan tanpa sentuhan kecil yang meningkatkan keseluruhan gaya. Aksesori musim sejuk lululemon hadir dengan tekstur mewah dan estetik minimalis sempurna untuk hadiah yang penuh makna atau sebagai treat untuk diri sendiri.

City Essentials Nano Shoulder Bag (Plush Fleece)

Beg kecil yang tampil dengan tekstur lembut dan gaya moden sesuai untuk membawa essentials ketika menghadiri rumah terbuka, dinner hujung tahun atau pertemuan kasual.

Fuzzy Cashmere Beanie

Diperbuat daripada benang super-soft yang memberi rasa hangat dan sofistikated. Satu aksesori yang menaikkan gaya sekelip mata.

Restfeel Faux Fur Slide

Sandal cozy yang memberi keselesaan ‘luxe-at-home’. Ideal untuk momen rehat selepas keletihan beraya atau ketika bersantai di rumah.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down