Langgan

SISLEŸA Longevity Essential Serum, Ritual Anti Penuaan Wajah Terbaik Untuk Anda

Ritual penjagaan wajah anti penuaan adalah pilihan terbaik untuk anda yang mementingkan kesihatan kulit sedari awal.
2 minit untuk membaca
Published: November 28, 2025

Ritual penjagaan wajah anti penuaan adalah pilihan terbaik untuk anda yang mementingkan kesihatan kulit sedari awal. Bersama Sisley merungkai serum terkini ciptaan jenama ini yang menawarkan manfaat terbaik.

Sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2019 oleh pasukan Tony Wyss-Coray dari Universiti Stanford di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa terdapat tiga usia penting di mana perubahan biologi menjadi semakin ketara. Bertentangan dengan kepercayaan umum, perubahan kulit terbesar tidak semestinya berlaku ketika menopaus, tetapi sekitar usia 60 tahun, salah satu titik perubahan yang dibentangkan dalam kajian tersebut.

anti penuaan

Walaupun kedutan serta kehilangan ketegangan dan seri berlaku secara beransur-ansur sepanjang tahun, kulit matang perlu berhadapan dengan pecutan dan penggandaan tanda-tanda penuaan ini, selain kemunculan tanda baharu seperti kulit menipis, tona kulit yang lebih kusam atau kekuningan serta kekeringan.

Penemuan terkini tentang proses penuaan telah memberikan pemahaman baharu mengenai proses fisiologi yang menjadi kunci kepada kesihatan dan kecantikan kulit. Terdapat tiga sistem utama yang memastikan keremajaan kulit iaitu sistem kutaneus yang mana bertanggungjawab terhadap tekstur, tona kulit yang sekata dan warna kulit. Kemudian sistem vaskular yang menentukan kecerahan dan seri kulit serta sistem imun, yang memastikan pertahanan semula 

Pusat Kajian Sisley telah memanfaatkan pengetahuan baharu dalam bidang daya tahan yang semakin berkembang ini dan hasil penemuan mereka yang terkini, sesungguhnya pada kulit matang, ketiga-tiga sistem ini bukan sahaja melemahkan, tetapi juga kurang berupaya untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Dengan bertindak sebagai penghubung dan penguat ketiga-tiga sistem tersebut, kulit matang dapat mempertahankan diri daripada pecutan proses penuaan. Ia kembali memperoleh keupayaan untuk mengaktifkan semula mekanisme regenerasi dan mengekalkan fungsi optimum lebih lama bagi melawan fenomena penuaan sel. 

Memperkenalkan SISLEŸA Longevity Essential Serum

Seperti yang diperkatakan tadi, Sisley mencipta inovasi terbaharu dengan niat mengaktifkan kembali keterhubungan tiga sistem utama dalam memastikan kulit kekal muda dan sihat. Penciptaan SISLEŸA Longevity Essential Serum ini berfungsi merangsang keupayaan regenerasi kulit. Bahan aktif baharu yang turut terdapat di dalam serum ini iaitu β-glucans daripada bioteknologi, merangsang penghasilan faktor regenerasi yang diperlukan untuk menghubungkan semula sistem-sistem tersebut. Dengan menggalakkan rembesan fibroblas sebagai utusan strategik ini, sel dapat berfungsi pada tahap optimum sama seperti sel yang lebih muda.

Seterusnya, megukuhkan sistem imun yang mana hasil kajian Sisley mendapati sebuah ekstak Gingko yang baharu dapat memperkuatkan sistem imun kulit menerusi dua tindakan. Pertama, ia menghalang immune evasion. Proses penyingkiran semula jadi fibroblas yang mengalami penuaan sel diaktifkan semula. Sel-sel ini tidak lagi “terselindung” dan dapat disingkirkan dengan betul. Yang kedua, ia mengehadkan rembesan utusan “pro-aging” dan menghalang penyebaran penuaan sel kepada sel-sel sihat. Melalui dua tindakan serentak ini, pecutan proses penuaan kulit dapat dihalang.

Serum ini turut berfungsi dalam mengukuhkan sistem kutaneus kerana buat pertama kalinya, Makmal Phtyo Kimia Sisley telah membangunkan intipati eksklusif iaitu Phyt’actives. Intipati ini boleh memulihkan kepadatan ketahanan kulit bersama alga merah yang membantu mengurangkan kesan kekuningan pada kulit. Bukan itu sahaja, serum ini turut menguatkan sistem vaskular menerusi penggunaan ekstrak daun anggur merah yang mana ia membantu mengurangkan kekusaman langsung mengembalikan kulit cerah serta seri yang sihat. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down