Bergerak sebagai pengarah kreatif dalam projek-projek berbeza memberi ruang untuk Daniel Hazeq menyatukan imaginasi dan rasa ingin tahunya pada satu platform seni reka yang beragam. Ia membentuk pemikiran, idea dan pengamatan dalam perincian.
Siapa anda? Saya seorang pengasas dan Pengarah Kreatif Design Bloc Studio. Apa yang kami lakukan adalah memberi satu pengalaman dunia seni reka atas prinsip yang menyatukan naratif dan kreativiti. It’s about designing moments that feel both elevated and accessible for brands and community.
Adakah apa yang anda lakukan hari ini sebahagian daripada mimpi masa kecil? Ya. Sejak kecil saya seorang yang memiliki imaginasi tinggi tentang hal-hal yang belum tercipta di dunia nyata. Menerusi Design Bloc Studio semangat itu saya tafsirkan mengikut kehendak projek berbeza. Personaliti? Curious, relentless and unapologetically passionate about creativity.
“Jonathan Anderson dan Alexander de Betak antara individu kreatif yang sering menjadi rujukan. Mereka bijak dalam menyatukan idea, ruang dan penceritaan menjadi satu naratif yang bermosi.”

Hal menarik tentang kerjaya anda? Menjadikan idea kepada satu pengalaman yang mengujakan. Every project is a beautiful chaos. Bagi saya setiap tekanan imaginasi dan penghasilannya membuatkan saya terikat dengan prosesnya.
Inspirasi? Semua cabang kehidupan mampu memberi inspirasi - fesyen, seni bina, muzik dan juga individu berbeza. Saya seorang pemerhati bagaimana setiap individu bergerak dalam radar mereka, berinteraksi dan beremosi.
Obsesi terkini? ‘Senimenjadiadli’, sebuah perspektif seni artis bernama Adli. Bakatnya sebagai pemain seni tempatan itu mengagumkan.
Proses kreatif? Bermula dengan persoalan dan pengamatan. Idea akan bergerak dengan adanya rujukan, lakaran dan satu konsep akan ditetapkan daripada situ. Saya juga percaya pada kolaborasi idea bersama pasukan saya.
Life mantra Design experiences, not just moments
Current state of mind? Curiosity over comfort, every time.
Konsep / Penyelaras: Hafizan Mohd
Pembantu penyelaras: Nurhani Natasha
Arahan seni: Iera Nadzlim
Fotografi: Azim Mahayudin / A.M Studio
Penataan gaya: Athirah Zahra / Muzammin Muzlan
Solekan: Ummi Nasir / Alvin Loh menggunakan kosmetik Wardah
Dandanan: Vincent Ting Chee Chai menggunakan produk GHD
