
Berteras imaginasi visual, bakat dalam bidang seni sudah dia teroka sejak kecil lagi. Adlyn Sofea pelapis seni ilustrasi digital yang semakin diberi perhatian kini.
Siapa anda? Saya seorang pereka ilustrasi digital bebas atas nama Wanita Venus Universe. Ia bermula sebagai satu projek personal yang dipanggil Women of My Dreams. Bergerak atas prinsip self empowerment dengan mesej kasih sayang, keadilan dan kedamaian.
Adakah apa yang anda lakukan hari ini sebahagian daripada mimpi masa kecil? Bergelar anak seni itu memang apa yang saya impikan sejak kecil. Malah kedua ibu bapa saya juga sudah nampak kecenderungan saya terhadap bidang ini. Apa yang saya lakukan adalah berekspresi dengan meneroka medium berbeza dalam seni yang membawa saya pada pendedahan dalam pelbagai projek seni.
Hal menarik tentang kerjaya anda? Berjumpa dengan orang berbeza yang boleh relate dengan hasil kerja saya. Ia juga membuka ruang untuk saya berkolaborasi dengan banyak individu berbeza dan jenama.

“Bahagian penting dalam proses seni saya adalah memahami bahawa ia tidak perlu berada dalam keadaan terbaik untuk siap dipersembahkan kepada umum. Apa yang penting adalah untuk mewujudkan hal itu terlebih dahulu.”
Inspirasi? Persekitaran dan personaliti individu berbeza.
Personaliti? Saya seorang yang artistik dan menyeronokkan. Kadang-kadang saya boleh mesra dan kadang-kadang saya tidak mempunyai tenaga sosial untuk bergaul. Saya sukakan pemakaian dengan pilihan warna menyerlah dan feminin.
Obsesi terkini? Anting-anting kad saya! Ia adalah merchandise terbaru yang saya ciptakan. Rekaannya sangat maximalist dengan saiz mini affirmation card.
Life mantra? Just do it.
Current state of mind? Celebrate small and big wins.
Konsep / Penyelaras: Hafizan Mohd
Pembantu penyelaras: Nurhani Natasha
Arahan seni: Iera Nadzlim
Fotografi: Azim Mahayudin / A.M Studio
Penataan gaya: Athirah Zahra / Muzammin Muzlan
Solekan: Ummi Nasir / Alvin Loh menggunakan kosmetik Wardah
Dandanan: Vincent Ting Chee Chai menggunakan produk GHD
