Langgan

'Potret Kolektif' - Lakaran Identiti Ibarat Lembaran Akhir Tahun

Lembaran fesyen Oktober 2025 yang meraikan ragam karakter!
2 minit untuk membaca
Published: October 25, 2025
majalah sekolah

Ibarat lembaran dalam naskah kelas akhir tahun, sepuluh potret menceritakan kisah fesyen tersendiri. Setiap karakter mewarnai dan membentuk harmoni gaya yang penuh ekspresi.

Mempersembahkan class of 2025!

The Athlete

Aktif, selesa dan membebaskan pergerakan, diperkaya rona merah yang berani.

Kardigan, jaket sut, seluar mini dan kasut, kesemuanya daripada MAJE. Cermin mata daripada GENTLE MONSTER. Stoking milik penata gaya

The Rebel

Dominan dan liar. Tekstur kulit serta rona berani menghidupkan keyakinan yang mendominasi ruang dengan aura agresif.

Jaket, skirt dan aksesori, kesemuanya daripada KATE SPADE NEW YORK

The Dancer

Aura santai dengan potongan ringan yang membolehkan pergerakan bebas dan fleksibel.

Jiperak, seluar dan aksesori kepala daripada GHOSTBOY. Subang telinga dan beg tangan milik penata gaya.

The Brainiac

Gaya intelektual berpadu dengan keselesaan klasik, setiap padanan menyerlahkan karakter stylish yang bersahaja. 

Kardigan daripada COACH. Kaca mata daripada GENTLE MONSTER. Subang telinga daripada VAN CLEEF & ARPELS. Kemeja putih dan tali leher milik penata gaya

The Head of Class

Rapi dan teratur. Lapisan gaya dengan aksesori mewah menzahirkan cita-cita besar serta keinginan untuk sentiasa di hadapan.

Baju dalam, baju lengan panjang, dress dan kot, kesemuanya daripada MIU MIU. Subang telinga dan rantai daripada VAN CLEEF & ARPELS

The Mysterious

Tegas, misteri dan diperkaya aura memukau. Rona hitam gelap turut menyerlahkan kekuatan yang elegan.

Dress daripada SANDRO. But tinggi daripada MAJE. Subang telinga milik penata gaya

The Main Character

Aura edgy dihidupkan melalui gabungan fabrik berkarakter, menyerlahkan keyakinan tinggi dengan sentuhan glamor urban.

Dress sangkut leher dan kasut tumit tinggi daripada GHOSTBOY

The Class Clown

Penuh keceriaan dan personaliti, mencerminkan karakter kreatif yang tidak takut bermain dengan elemen fun dalam gaya.

Bralette, seluar berlapis skirt dan aksesori kepala, kesemuanya daripada UGLY PRETTY

The Twins

Serupa namun berbeza. Satu sisi menonjolkan kesederhanaan ringkas berjiwa santai, satu lagi memancarkan romantis nan feminin.

Kiri: Kemeja polo, kardigan dan seluar berpotongan lurus daripada POLO RALPH LAUREN. Kasut loafer daripada MAJE. Subang telinga milik penata gaya

Kanan: Kemeja polo, dress kemeja dan beg tangan daripada POLO RALPH LAUREN. Kasut ballet daripada KATE SPADE NEW YORK. Subang telinga dan stoking milik penata gaya

The Outcast

Tidak sekadar mengikuti trend untuk diterima, sebaliknya mengekspresikan identiti melalui siluet dan aksesori unik yang bebas.

Baju, dress bertali laras dan balaclava, kesemuanya daripada LONGCHAMP


Penyelaras & Penataan Gaya: Athirah Zahra | Arahan Seni: Iera Nadzlim | Pembantu Penataan Gaya: Nurhani Natasha | Fotografi: Aaron Lee / Lensworks Production | Solekan: Juju Icesan | Dandanan: Philex Chin | Model: Marsha

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down