Langgan

Menopause Asia Dilancar - Gerakan Baru Untuk Wanita  

Mengubah naratif penjagaan wanita di pertengahan usia
2 minit untuk membaca
Published: October 21, 2025

It’s a freedom party! Sebuah era baru dalam penjagaan kesihatan wanita bermula hari ini dengan pelancaran rasmi Menopause Asia. Sebuah platform yang membawa misi besar untuk menutup jurang lama dalam kesedaran, penjagaan dan sokongan komuniti bagi wanita yang melalui fasa perimenopause dan menopause.

Dari kiri: Michele Sagan, Ooi Ying Nee, Joanne Ho, Sarah Abdullah dan Dr. Sangeet Kaur

Selaras dengan Tema Hari Menopause Sedunia 2025 iaitu ‘Lifestyle Medicine’. Pelancaran ini menekankan bagaimana perubatan gaya hidup, maklumat yang sahih dan perbincangan berteraskan budaya mampu membantu wanita menavigasi fasa pertengahan usia dengan lebih jelas dan yakin.

‘Seen at Midlife’

Majlis pelancaran dibuka dengan persembahan visual dan audio bertajuk ‘Seen at Midlife’. Sebuah momen jenama yang menyentuh emosi menggambarkan misi Menopause Asia. Untuk melihat, menyokong dan meraikan wanita pada fasa penting kehidupan mereka.

Bersama pengasas Menopause Asia, Joanne Ho

Perbualan Intim: Sains, Cerita dan Sokongan

Acara ini turut menampilkan tiga sesi perbincangan eksklusif bersama pakar kesihatan, pengamal profesional dan personaliti wanita. Mereka berkongsi pandangan dan pengalaman tentang pelbagai aspek kehidupan pertengahan usia.

Menopause Fundamentals: What’s Happening to Our Bodies - Dr. Sangeet Kaur, Pengasas Freya D’Wellness, menjelaskan sains di sebalik perubahan hormon wanita serta salah faham umum tentang perimenopause

Beyond One-Size-Fits-All Menopause Care -Sarah Abdullah, Presiden MCPG dan MEDISCA Australia, menyeru agar penjagaan wanita pertengahan usia lebih diperibadikan, merangkumi rawatan hormon, sokongan gaya hidup dan kesejahteraan emosi.

Redefining Midlife: Career, Identity & Emotional Well-being - Ooi Ying Nee (Pengasas Commas PR) dan Michele Sagan (CEO Optimal Insights) membincangkan bagaimana identiti dan kerjaya wanita berubah di usia pertengahan sambil menyeru dasar tempat kerja yang lebih inklusif dan empati.

Turut mencuri perhatian ialah persembahan khas Joanne Kam, pelawak wanita tersohor tanah air, yang mempersembahkan set komedi asli bertemakan menopause. Persembahan ini membawa elemen humor, kejujuran dan keberanian dalam membicarakan topik yang sering dianggap taboo.

Gerakan, Bukan Sekadar Acara

Pelancaran Menopause Asia bukan sekadar satu peristiwa, tetapi satu gerakan sosial untuk menormalkan perbincangan tentang kesihatan wanita pertengahan usia di Malaysia dan rantau Asia.

Sebagai platform digital, Menopause Asia berperanan menghubungkan wanita dengan doktor bertauliah dan maklumat perubatan yang boleh dipercayai. Ia juga menyediakan ruang sokongan komuniti yang sensitif terhadap budaya serta mencerminkan pengalaman sebenar wanita.

Langkah Seterusnya

Menjelang tahun 2026, Menopause Asia akan menumpukan kepada inisiatif ‘Menopause at the Workplace’. Satu program berstruktur untuk membantu organisasi memahami serta menyokong pekerja wanita yang melalui fasa ini. Program tersebut merangkumi bengkel kesedaran, pembangunan kapasiti sumber manusia dan perundingan dasar tempat kerja inklusif.

Menopause Asia berusaha memposisikan menopause sebagai isu tenaga kerja dan kepimpinan. Dengan matlamat mengubah cara syarikat menilai, menyokong dan mengekalkan bakat wanita berpengalaman dalam tenaga kerja masa kini.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down