
Di tangga awal ‘pertemuan’ kami dengan himpunan MCM musim bunga/panas 2026, paparan animasi seni taekwando memesrai pandangan. Ruang dalam Casa Degli Artisti (yang menjadi lokasi presentation) tidak bersekat, dengan gelap menyapu seluruh tempatnya. Terbit rasa mahu mencungkil ‘khazanah’ MCM kali ini - dan sorotan cahaya bertumpu jelas kepada produk-propduk yang menjadi highlight.
Hadir dengan hati mahu mengenal, terlihat pojok yang bersusun enam gaya untuk wanita serta lelaki yang menunjangi citra seragam uniform. Melantasi setiap pojok, presentation MCM itu berumpama satu pameran. Kunjungan pameran yang tiada takat, sekali dengan pengaktifan digital yang terlihat interaktif. ‘MCM: THE ART OF MOTION’ mentransformasikan Casa Degli Artisti menjadi pusat latihan rekaan, sepertikan ‘suaka’ dengan binaan imersif yang padat perihalan mempertemukan pergerakan yang berganti menjadi seni.
Susunan rekaan-rekaan uniform menyingkir sifat tradisional. Sebaliknya merangka manipulasi pola. Pertanyaan yang berkeliling dalam kotak kepala, “Taekwando dimodenkan untuk MCM?” Martial balance menjadi kata kunci kali ini. MCM masih berpaut pada akar umbinya dan ‘berdialog’ dengan seni Taekwando, memandang aspek yang melewati konformiti, malah berimaginasi tanpa sempadan. Wadah interaksi ini menghebahkan prinsip MCM yang mengutamakan rasa leluasa dan transformasi.
Ketua Pegawai Jenama, Dirk Schönberger, membuahkan inspirasi Taekwando untuk MCM musim bunga/panas 2026 sebagai rekaan debut-nya. Tali pinggang seni mempertahankan diri yang bersaiz besar digarap menjadi dress tanpa tali bahu, membaluti tubuh dalam lipatan structured. Simpulan judo dikutip untuk membentukkan rekaan dress mini, lantas memperlihatkan pendayagunaan disiplin seni mempertahankan diri dijadikan siluet rekaan. Ketepatan tactical dalam seni pemakaian yang berinspirasikan Zen pula menampilkan helaian-helaian vest, kemeja dan seluar balloon.

Kreativiti Dirk bertunas luas ke rekaan-rekaan jaket bomber tekstur quilted dan jaket boxy shaped yang dijahit daripada material tali pinggang judo. Blazer double breasted yang dilengkapi simpulan uniform seni sukan bela diri menyempurnakan keseluruhan himpunan MCM.
Pergerakan yang menjadi ideogram digambarkan menerusi material-material pada setiap rekaan yang dilihat sebagai elemen utama. Contohnya, judo cotton, kanvas serta material bulu mencadangkan keringanan dan daya tahan, manakala functional jersey menjadi sendi utama untuk vest dan dress.






