
Lululemon membawakan acara terbesarnya tahun ini ke Else Hotel, Kuala Lumpur minggu lalu dan acara di sambut lebih daripada sekadar aktiviti kecergasan. Acara ini menghimpunkan pelari, pasukan sorak dan komuniti setempat dalam satu ruang yang diraikan dengan pergerakan, connection dan kegembiraan. Didorong oleh semangat “Made to Feel”, lululemon mencipta pengalaman yang menyentuh emosi dari keyakinan, ketenangan hingga kebahagiaan sambil menonjolkan komitmen jenama terhadap kesejahteraan fizikal, mental dan emosi.
Lebih daripada sekadar gaya dan prestasi, lululemon terus membuktikan bahawa setiap langkah yang diambil tidak pernah bersendirian dan ia lebih bermakna apabila disokong oleh komuniti.

Sorotan Utama Acara Lululemon Malaysia 2025:
- Shake-Out Run bersama STRYDE by Grit Nation dan Backyard Run Association (BRA)
- Post-Run Recovery dengan mandian ais dari Warrior Plunge, fisioterapi dari Regen Physio, minuman hidrasi dari Supernatural, serta snek sihat dari De La Lita dan Granos, ais krim dari Popman.
- Persembahan DJ Damien Mirza, Viene dan Aidaho
- Aktiviti Interaktif seperti ukiran medal dan papan sorak peribadi
- Sesi Mobiliti & Pemulihan untuk membantu pelari kembali segar
- Cheer Squad di sepanjang laluan larian

Bersama Dalam Setiap Langkah
Sebagai kesinambungan terhadap komitmen lululemon menyokong komuniti pelari, jenama ini menjemput anda untuk menyertai bi-weekly run yang dianjurkan secara berterusan. Daftar disini untuk sertai.
