
Tahun ini, UNIQLO mengejutkan peminat fesyen dengan kolaborasi yang di luar jangkaan! Mereka berganding bahu bersama label streetwear Jepun terkenal, NEEDLES dalam koleksi kapsul uniseks yang berasaskan fleece. Inilah yang anda perlu tahu tentang kerjasama eksklusif yang dinanti-nanti ramai ini.
Dijadualkan untuk pelancaran pada 7 November 2025 di Malaysia, kolaborasi sulung antara UNIQLO X NEEDLES ini menggabungkan kepakaran pembuatan berkualiti tinggi UNIQLO dengan estetika unik daripada NEEDLES. Kapsul yang bertambah dalam rangkaian LifeWear ini mencerminkan evolusi fleece ikonik UNIQLO yang dipertingkatkan dengan cita rasa halus NEEDLES. Rekaanya menekankan gabungan praktikaliti dan gaya, melalui rekaan yang ringkas namun tetap bergaya.

NEEDLES, yang ditubuhkan pada tahun 1995 oleh Keizo Shimizu, berpegang teguh pada falsafah untuk tidak menggunakan lebih daripada yang diperlukan. Nama jenama itu sendiri berasal daripada gabungan kata ‘need-less’ daripada perkataan ‘needle’ dan ‘less’. NEEDLES terus berkongsi pemikiran dan idea mereka, mengikut rentak tersendiri. Malah, kini mereka turut menarik perhatian peminat fesyen streetwear hypebeast.
“Dengan menambah motif rama-rama dan sentuhan rekaan khas NEEDLES pada fleece ikonik UNIQLO, kami berjaya mencipta item yang bukan sahaja ikonik tetapi juga istimewa. Kami amat teruja untuk memperkenalkan dunia NEEDLES kepada lebih ramai peminat melalui kolaborasi ini,” kata pengasasnya.
Tiga Rekaan Utama
Gabungan ketelitian rekaan NEEDLES dan fabrik fleece berkualiti tinggi UNIQLO menghasilkan koleksi istimewa yang mempamerkan keindahan dalam kesederhanaan rekaan asas. Tiga jenis item utama ditawarkan dalam warna tunggal yang elegan seperti hitam, kelabu, beige dan ungu. Koleksi fleece terbaru ini juga bersifat genderless, menonjolkan estetika unik dan falsafah dunia NEEDLES yang direalisasikan melalui kerjasama bersama UNIQLO.
1. Fleece Full-zip Jacket, UNIQLO X NEEDLES

2. Fleece Oversized Cardigan, UNIQLO X NEEDLES

3. Fleece Oversized Cardigan, UNIQLO X NEEDLES

