Langgan

Ledakan Baru Constellation Daripada OMEGA

Edisi yang baru
1 minit untuk membaca
Published: September 29, 2025

 

 

Sejak tahun 1902, OMEGA telah menjadi perintis dalam reka bentuk dan keunggulan teknikal jam wanita, menawarkan pelbagai gaya peribadi. Bagi meneruskan kelangsungan pada penghasilan berevolusi, OMEGA memperkenalkan ciri-ciri baru kemasan keluli berkilat untuk siri Constellation.

Apa yang lebih menarik ia kini tersedia dalam saiz 25 mm dan 28 mm dengan lapan reka bentuk berbeza. Model Constellation yang baru ini memberi sentuhan moden dengan permukaan yang digilap sepenuhnya bagi menghasilkan pantulan cahaya pada bahagian kotak jam, gelang dan "claws" ikonik jenama ini.

Model Constellation 25 mm hadir dengan dua jenis dail yang unik:

  1. Dail kaca Aventurine berwarna biru – Menyerupai bintang di langit malam yang serasi dengan medalion lapan bintang Geneva Observatory di bahagian belakang.
  2. Dail perak dengan kemasan sunbrushed – Dihiasi elemen emas 18K Sedna™ yang mewah.

Model 28 mm menawarkan lebih banyak pilihan warna:

  • Merah burgundy, biru merak (lacquered),
  • Hitam varnis
  • Dail perak dengan rawatan galvanic.

Kesemua model 28 mm menampilkan jarum skeleton emas putih 18K dan medalion lapan bintang Geneva Observatory di bahagian belakang jam. Kedua-dua model 25 mm dan 28 mm mengekalkan spesifikasi ikonik siri Constellation.

"Claws" bersegi halus yang menjadi ciri reka bentuk tersendiri. Dikuasakan oleh pergerakan kuarza OMEGA Calibre 4061, Kristal nilam berkubah dengan rawatan anti-reflektif dan kalis air sehingga 30 meter.

Setiap model OMEGA Constellation menawarkan pilihan antara:

  • Bezel bertatahkan berlian untuk sentuhan mewah, atau
  • Bezel berkilat dengan angka Rom terukir untuk gaya klasik.

Ciri tambahan termasuk:

  • Gelang mono-rang yang ikonik
  • Kancing rama-rama (butterfly clasp) dengan pelarasan keselesaan 2mm, memastikan keselesaan maksimum walaupun dengan saiz yang lebih kecil dan halus.

 

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down