Tahun 2025 ini menyaksikan sebuah lagi siluet baru yang diperkenalkan oleh tidak lain tidak bukan, Peter Philips, Pengarah Kreatif dan Imej buat Dior Makeup. Rouge Dior memecah aturan norma bersama logo CD terbalik diberi nama Rouge Dior On Stage ini tampil begitu berani dan berbeza. Gincu generasi baharu dengan hasil inovasi formula terobosan, menentang hukum solekan dengan limpahan kilauan unik dan ketahanan yang tiada tandingan.
Hadir dengan koleksi yang menyerlahkan bibir dengan kilauan tahan lama dan keselesaan yang intens. Teksturnya yang berkrim mampu melembapkan bibir hingga 24 jam lamanya serta memastikan rona yang dioles tidak pudar dan comot.

Rouge Dior On Stage memperkenalkan siluet kelalang baru berwarna biru gelap dan memanjang direka khusus selaras dengan formulanya untuk menawarkan sensasi ultra-lembut dan mudah cair dalam bentuk stick. Ia mengekalkan integriti formula, sambil memberikan keselesaan dan kelembutan yang intens. Bahagian penutup kelalang dihiasi dengan motif ikonik silver cannage Dior. Di tengahnya pula, terukir indah logo CD bentuk terbalik yang menandakan permulaan era baharu bagi gincu yang berani menentang segala konvensi ini. Bentuk bullet ultra-tepat juga direka khas untuk memastikan aplikasi setiap olesan tampil mudah dan sekata dalam satu sapuan.
Eksklusif bersama ELLE Malaysia, Peter Philips membuka lembaran cantik istimewa dan menyingkap kisah di sebalik kempen Rouge Dior On Stage.

1.Ceritakan kepada kami proses menghasilkan keseluruhan lembaran cantik menggunakan Rouge Dior On Stage terbaharu ini?
Pelancaran gincu Rouge Dior On Stage baharu ini menampilkan rangkaian rona yang berkuasa namun ringkas. Terdapat 10 rona menawan, semuanya dengan pigmen yang kuat serta kilauan memukau. Dengan hasil warna yang begitu menyerlah, bahkan untuk rona yang lebih cerah, gincu ini memberikan litupan sempurna. Ini menjadikannya mudah dipakai pada apa jua warna bibir semula jadi. Saya mencipta solekan yang ringkas tetapi tetap cool untuk setiap model, lalu menambahkan rona gincu tersebut. It was a familiar process, seperti sekumpulan teman yang sedang bersantai sambil bermain dengan solekan.
2. Bagaimana anda mencadangkan untuk mengimbangi solekan bibir yang bold dengan keseluruhan solekan pada wajah?
Bibir bold boleh tampil menawan walaupun dengan solekan ringkas. Bibir akan lebih menyerlah kerana keseimbangan solekan menarik perhatian terus kepada warna bibir yang berani itu. Namun, bibir bold juga boleh kelihatan hebat dengan solekan penuh. Gabungan solekan mata yang strong bersama bibir bold, disempurnakan dengan pemerah pipi dan highlighter, mampu menghasilkan penampilan yang memukau. Dalam keseimbangan solekan ini, tumpuan tidak hanya pada bibir semata-mata, tetapi pada keseluruhan wajah.
3. Apakah rahsia di sebalik Rouge Dior On Stage yang menjadikannya kelihatan segar seolah-olah baru disapu walaupun selepas sudah dioles beberapa jam? Apa yang membuatkan gincu ini istimewa?
Koleksi ini lahir daripada teknologi revolusioner hasil penyelidikan intensif oleh Makmal Dior. Teknologi dwi-fasa ini merupakan gabungan inovatif dua fasa yang berbeza (kebiasaannya tidak serasi dalam teras setiap gincu). Hasilnya adalah prestasi solekan luar biasa yang menggabungkan ketahanan maksimum dengan keselesaan intens dalam satu stik gincu. Formula ini begitu istimewa, sehingga pada pelancarannya, saya memilih untuk tidak mahu mengalihkan tumpuan daripada kehebatan formula itu sendiri. Saya ingin menarik perhatian dengan rangkaian rona yang kuat dan elegan, agar orang ramai dapat mengenali keunikan formula ini secara semula jadi.
4. Rahsia dan tip anda dalam memakai Rouge Dior On Stage ini?
Cara terbaik untuk mengaplikasikan gincu baharu ini adalah dengan tidak memutar stik terlalu tinggi. Teksturnya yang begitu lembut dan berkrim sangat mudah disapu, jadi bagi mengelakkan produk berlebihan pada bibir, lebih baik dan lebih mudah dikawal sekiranya stik tidak diputar terlalu tinggi.
Eksklusif Solekan Editorial oleh Peter Philips


Peter Philips menggunakan:
DIOR FOREVER VELVET VEIL
DIOR FOREVER – 0,5N
DIOR FOREVER SKIN CORRECT – 00N & 0,5N
DIOR BACKSTAGE ROSY GLOW STICK – 103 TOFFEE
DIORSHOW BROW STYLER – 033 GREY BROWN
DIORSHOW MAXIMIZER 4D
DIORSHOW OVERVOLUME – 090 OVERBLACK
DIORSHOW 5 COULEURS – 073 PIED-DE-POULE
DIORSHOW ON STAGE CRAYON – 099 BLACK
ROUGE DIOR CONTOUR – 772 CLASSIC ROSEWOOD
ROUGE DIOR ON STAGE – 390 REDWOOD STAR
DIOR VERNIS – 902 PIED-DE-POULE

Peter Philips menggunakan:
DIOR FOREVER VELVET VEIL
DIOR FOREVER – 2WO & 3WO
DIOR FOREVER SKIN CORRECT – 1W & 3W
DIOR BACKSTAGE ROSY GLOW STICK – 063 PINK LILAC & 103 TOFFEE
DIORSHOW BROW STYLER – 05 BLACK
DIORSHOW 5 COULEURS – 073 PIED-DE-POULE
DIORSHOW ON STAGE CRAYON – 099 BLACK
ROUGE DIOR CONTOUR – 678 CULTE
ROUGE DIOR ON STAGE – 185 ULTIMATE PINK
DIOR VERNIS – 108 MUGUET
Solekan: Peter PHILIPS, Pengarah Kreatif dan Imej Dior Makeup Foto: David FERRUA Model: Gu, Veerle, Zoé
