Di era moden yang serba pantas ini, jenama terkemuka bukan sahaja menawarkan produk inovatif, malah menyediakan cara bijak untuk pengguna menukar atau kitar semula barangan lama bagi mendapatkan versi terbaru. Pendekatan ini membuktikan bahawa gaya hidup moden boleh digabungkan dengan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Dengan setiap inisiatif, pengguna bukan sahaja mendapat kepuasan memiliki produk terkini, tetapi turut menyumbang kepada kelestarian bumi.
Apple
Dengan membawa konsep trade-in, melalui program Apple Trade-In. Pengguna boleh menukar iPhone, iPad, Mac atau Apple Watch lama mereka untuk mendapatkan diskaun pembelian produk baru. Program ini bukan sekadar menjimatkan kos, tetapi juga memastikan barangan lama dikitar semula dengan selamat dan mesra alam. Selain itu, ia memberi peluang kepada pengguna untuk sentiasa memiliki teknologi terkini dengan prestasi lebih pantas.
Converse
Bagi peminat fesyen, Converse memperkenalkan inisiatif menukar kasut lama dengan potongan harga untuk koleksi baru. Program ini membolehkan penggemar terus bergaya dengan rekaan terkini dari kasut klasik Chuck Taylor hingga koleksi edisi terhad. Lebih daripada sekadar fesyen, pendekatan ini memberi kesedaran kepada pengguna tentang kepentingan kitar semula, sambil memastikan kasut lama tidak terbuang begitu sahaja.
@converse.setia.city Turn your old into gold! 💰 Redeem your Trade-In Voucher today. Trade it. Save it. Love it. T&C APPLY.
♬ OK - Joey Valence & Brae
Dyson
Dyson menekankan inovasi dan kelestarian dengan menawarkan program pertukaran untuk peralatan elektrik lama seperti vakum, pengering rambut dan alat penjagaan rumah lain. Dengan menukar peralatan lama kepada model baru yang lebih efisien dan canggih, pengguna dapat pengalaman penggunaan yang lebih memuaskan.
H&M
H&M menekankan kepentingan kitar semula melalui inisiatif Garment Collecting, yang membolehkan pelanggan membawa pakaian lama ke kedai untuk menerima baucar diskaun bagi pembelian baru. Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan sisa tekstil tetapi juga memberi nilai tambahan kepada barangan yang tidak lagi digunakan. Ia memperlihatkan bagaimana fesyen boleh menjadi mesra alam tanpa mengorbankan gaya sesuai untuk generasi moden yang mementingkan kelestarian.
UNIQLO
Di sebalik rekaan minimal, jenama ini juga serius tentang tanggungjawab sosial dan alam sekitar. Melalui program RE.UNIQLO. Pakaian lama pelanggan dikumpul untuk dikitar semula atau disalurkan kepada komuniti yang memerlukan. Selain itu, UNIQLO turut menggunakan bahan lestari dalam pembuatan koleksi tertentu, menggabungkan keselesaan dengan tanggungjawab alam sekitar.

L'Occitane
Dalam dunia kecantikan, L’Occitane menawarkan program kitar semula bernama "Big Little Things". Pelanggan hanya perlu menukar botol atau bekas lama untuk mendapatkan diskaun produk baharu. Program ini menekankan bahawa kecantikan sebenar bukan hanya soal penampilan, tetapi juga kesedaran terhadap alam sekitar dan penggunaan sumber yang bijak.
