Langgan

Senarai Tempat Untuk Sesi Terapi Kesihatan Mental Di Malaysia

Jangan lupa untuk menjaga kesihatan mental yang juga penting dalam kehidupan seharian!
2 minit untuk membaca
Published: August 27, 2025

Dalam dunia moden yang penuh cabaran, kesihatan mental semakin mendapat perhatian masyarakat. Ramai yang kini lebih terbuka membincangkan isu seperti tekanan kerja, keresahan (anxiety), kemurungan, trauma, mahupun masalah hubungan. Walaupun masih wujud stigma terhadap mendapatkan bantuan profesional, semakin ramai rakyat Malaysia mula sedar bahawa terapi juga dapat membentuk penjagaan diri. Ketahui beberapa pilihan tempat yang menawarkan perkhidmatan terapi kesihatan mental dengan harga yang bersesuaian untuk orang ramai.

Sumber gambar: pexels

Aloe Mind 

Aloe Mind dikenali dengan misinya untuk menjadikan terapi lebih mudah diakses oleh semua golongan masyarakat. Mereka menyediakan pelbagai bentuk terapi termasuk untuk individu, pasangan, remaja, kanak-kanak, serta penilaian psikologi yang komprehensif.

Harga & Perkhidmatan:

  • Surat kehadiran / rujukan: RM20
  • Laporan Penilaian Ringkas: RM110
  • Laporan Penilaian Penuh: (harga bergantung pada jenis penilaian)

Thrive Well (The Thrive Center)

Thrive Well merupakan sebuah social enterprise yang bukan sahaja menyediakan terapi profesional, tetapi juga aktif dalam usaha membina komuniti lebih sihat dari segi mental. Mereka menawarkan terapi konsultasi pembelajaran dan tingkah laku serta penilaian kerjaya. Kelebihan Thrive Well adalah fokus mereka pada kerja sosial dan keterlibatan dengan komuniti, menjadikannya lebih daripada sekadar pusat terapi biasa.

Harga & Perkhidmatan:

  • Terapi Individu: RM200 – RM400 satu sesi
  • Terapi Pasangan/Keluarga: RM250 – RM450 satu sesi
  • Konsultasi Pembelajaran & Tingkah Laku: RM200 – RM350 satu sesi
  • Penilaian Kerjaya: RM150 – RM250 satu sesi

People Psychological Solutions

Bertempat di Mont Kiara, People Psychological Solutions menawarkan perkhidmatan lengkap termasuk penilaian psikologi dan program korporat seperti Employee Assistance Program (EAP). Keistimewaan pusat ini adalah mereka menyediakan pilihan sesi dengan pelatih psikologi (trainee) pada harga yang jauh lebih rendah berbanding kaunselor berdaftar.

Harga & Perkhidmatan:

  • Sesi bersama pelatih: RM60 – RM70
  • Sesi bersama kaunselor berdaftar: sekitar RM280
@peoplepsychsolutions We asked the public how important mental health is and whether they would seek professional help. How important is mental health to you? #streetinterview #mentalhealth #mentalhealthawareness #professionalhelp #therapy ♬ original sound - People Psych Solutions

Telos Mental Wellness

Telos Mental Wellness beroperasi di Subang Jaya dan menawarkan terapi dalam bentuk bersemuka serta dalam talian. Mereka memahami keperluan golongan muda atau pekerja profesional yang mungkin lebih selesa memulakan terapi secara online.

Pusat ini juga menyediakan Mental Health Screening yang ringkas dan mampu milik, sesuai untuk mereka yang ingin membuat saringan awal sebelum meneruskan rawatan penuh. Selain itu, Telos mempunyai promosi Try Therapy yang membolehkan pelanggan baru mencuba lima sesi pertama pada harga diskaun.

Harga & Perkhidmatan:

  • Mental Health Screening (45 minit): RM80
  • Terapi Individu (60 minit): RM140 – RM150
  • Promosi “Try Therapy”: RM150 satu sesi untuk 5 sesi pertama
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down